Khamis, 19 Disember 2019

BILA MADEY AKAN BERUNDUR







BILA MADEY

AKAN 

BERUNDUR

JAWABNYA

AMAT SENANG



PH hilang calon PM selepas dakwaan skandal seks Anwar?

Bilakah Mahathir akan berundur? Apakah betul beliau akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar?

Seringkali jawapan Mahathir agak sama, iaitu menjawab dengan samar bila beliau akan mengundurkan diri, tetapi kekal dengan pendirian baton itu akan diserahkan kepada Anwar.

Mahathir juga menjawab dengan konsisten beliau akan berundur selepas menyelesaikan masalah besar negara. Tetapi, apakah ada mana-mana ketua negara yang mampu menyelesaikan semua masalah besar negara? Tepuk dada, tanya selera.

Namun pada 14 Disember lalu di Doha, 2 hari selepas Anwar disoal siasat polis berhubung dakwaan salah laku seks membabitkan bekas pegawai penyelidiknya, Mahathir memberikan jawapan sedikit berbeza ketika ditanya soal peralihan kuasa.

Pertama, Mahathir berkata, beliau akan merasmikan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada November 2020.


Beliau juga memberi bayangan akan kekal mentadbir negara selepas 2020 dengan mengulangi beliau hanya akan berundur selepas menyelesaikan masalah besar negara.

Ini jelas bercanggah kehendak penyokong Anwar yang mahu beliau berundur pada ulang tahun ke-2 kemenangan PH pada Mei 2020.

Kedua, beliau tidak lagi menyebut nama Anwar dan sebaliknya berkata beliau tidak dapat menjamin siapakah yang akan menggantikannya sebagai perdana menteri.

“Saya pernah berikrar akan mengundurkan diri sebaik saja menyelesaikan masalah-masalah besar yang ditinggalkan kerajaan sebelumnya. Saya berikrar akan mengundurkan diri jika seorang calon kepimpinan sudahpun dinamakan PH,” katanya.

Senyap sunyi di dalam PH kali ini apabila Mahathir bersuara sedemikian rupa di Doha.

Menariknya, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti itu tidak lagi mempersoalkan pelan peralihan kuasa ketika merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang Ahad lalu.

Apakah skandal seks yang melanda PH menyebabkan ia kehilangan semua calon perdana menterinya selepas Mahathir?

Jika ya, ada positifnya juga.

Ini kerana ia akan membolehkan PH betul-betul fokus dalam mentadbir kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan daripada terus bermain politik dan bergolak menghancurkan negara demi memenuhi nafsu serta berahi beberapa individu untuk menjadi perdana menteri di pertengahan jalan.


MADEY AKAN

BERUNDUR

SATELAH 

PEMIMPIN ISLAM

ANWAR IBRAHIM

MEMBUAT

SUMPAH 

KERAMAT...

OPSSS.. SILAP

SUMPAH PUNAT

DI MASJID

KAPITAN KELING

MALAKA
KAH KAH KAH


-----------

Tiada ulasan: