Khamis, 19 Disember 2019

CILAKA - KONSPIRASI ZIOINIS




PUKRAK MUKRAK

MAKIN JELAS

WUJUD 

KONSPIRASI

NAK JATUHKAN

PEMIMPIN ISLAM



Najib terima sogokan hasil bon 1MDB, dedah pihak berkuasa AS

BEKAS perdana menteri Najib  dinamakan sebagai salah seorang penerima sogokan hasil bon dijana Goldman Sachs, dedah pemfailan dibuat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC), semalam.

Menurut pemfailan itu, selain jutaan dolar yang dipindahkan ke syarikat pesisir pantai dikawal pegawai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sejumlah AS$1.3 juta lagi digunakan untuk membayar barangan kemas dibeli isteri Najib, Rosmah Mansor.

Pemfailan turut menyatakan yang bekas eksekutif Goldman Sachs Tim Leissner menyeleweng lebih AS$2.7 bilion daripada AS$6.5 bilion yang terhasil daripada transaksi bon itu untuk merasuah pegawai Malaysia dan Abu Dhabi.

Antara yang menerima wang tersebut termasuklah Najib, yang kini berdepan pertuduhan korupsi di Malaysia kerana menerima RM42 juta daripada anak syarikat 1MDB, SRC International.

Pemfailan turut mendedahkan yang Leissner memberi sogokan kepada individu lain termasuk keluarga mereka.

“Leissner sedia tahu yang sebahagian besar hasil Projek Maximus akan dipindahkan secara tidak sah kepada dirinya dan orang lain termasuklah beberapa pegawai kerajaan (asing) menerusi syarikat palsu pesisir pantai yang dikawal olehnya dan beberapa orang lain.

“Leissner juga ketika itu tahu yang Najib Razak dan pegawai kerajaan dari Abu Dhabi dan pegawai 1MDB akan menerima wang hasil Projek Maximus yang melalui pelbagai syarikat palsu pesisir pantai.

“Bersama-sama dengan Low Taek Jho atau Jho Low dan yang lain, menjadi niat Leissner yang bayaran akan dibuat kepada pegawai kerajaan ini untuk mempengaruhi keputusan pelaksanaan transaksi bon dengan Goldman Sachs.

“Seorang saudara dekat Najib Razak dan seorang pegawai kanan Dana Kekayaan Kedaulatan Timur Tengah, adalah antara mereka yang menerima sebahagian dana ini,” kata pemfailan lagi.

Pemfailan dibuat selepas SEC mengumumkan ia sudah mencapai penyelesaian dengan Leissner kerana terlibat dalam rancangan jahat skandal kleptokrasi yang dianggap terbesar pernah berlaku dalam sejarah industri sekuriti dunia.

SEC juga mengarahkan Leissner memulangkan semula AS$43.7 juta. Jumlah itu bagaimanapun akan ditolak dengan jumlah penyelesaian dicapai Leissner dengan Jabatan Kehakiman AS sebelum ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SE Charles Cain dalam satu kenyataan berkata Leissner menyalahguna kedudukannya di Goldman Sachs dengan terlibat dalam rancangan rasuah besar-besaran melibatkan pegawai peringkat tertinggi dua kerajaan asing.

Leissner juga bersetuju dengan arahan SEC yang hasil siasatan mendapati beliau melanggar undang-undang anti rasuah di AS dan bersetuju diharamkan sepanjang hayat terlibat dalam industri sekuriti. – 18 Disember, 2019.


DARI AWAL 

TELAH WUJUD

KONSPIRASI 

ZIONIS ISRAEL

UNTUK JATUH

PEMIMPIN ISLAM

YANG WARAK

LAGI SYUMUL

CILAKAK

PUKRAK MUKRAK
KAH KAH KAH

----------

Tiada ulasan: