Rabu, 4 Disember 2019

ZAMAN SAPA?








BERITA

TAK

JELAS



SPRM akan semak dakwaan penyelewengan tender bot TLDM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyemak jika terdapat laporan wujudnya penyelewengan berhubung tender bot Fast Interceptor Crafts (FIC) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). 

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata perkara itu akan didedahkan kepada umum setelah pihaknya mendapat kepastian tentang hal tersebut. 

“Kita akan menyemak jika terdapat laporan berhubung kes berkenaan. Anda semua akan diberitahu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Etika dan Integriti Perniagaan: Mengembangkan Perniagaan Menerusi Amalan Beretika di Petaling Jaya, hari ini. 

Beliau ditanya media mengenai penularan di aplikasi Whatsapp yang mendakwa kononnya berlakunya penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan tender bagi pembekalan 18 bot FIC oleh TLDM.

Sementara itu, Latheefa berkata kebanyakan syarikat komersial telah bersedia mematuhi pelaksanaan peruntukan baharu undang-undang SPRM iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, yang akan berkuat kuasa pada Jun 2020.

Menurutnya, peruntukan berkenaan bukan sahaja tertumpu kepada pelaku rasuah, malahan turut mengheret individu yang mengarahkan aktiviti rasuah itu berlaku ke muka pengadilan. 

“Syarikat berkenaan telah meminta bantuan daripada SPRM untuk menyediakan pelan antirasuah di syarikat masing-masing. Bagaimanapun, masih ada organisasi komersial yang masih bimbang dengan pelaksanaan peruntukan baharu undang-undang berkenaan. 

“Ini kerana tempoh pelaksanaan makin hampir. Jika dahulu pekerja yang melakukan rasuah sahaja didakwa tetapi melalui Seksyen 17A ini, majikan yang mengarahkan pekerja lakukan penyelewengan tersebut tidak akan terlepas,” katanya.

Seksyen 17A Akta SPRM 2009 telah diluluskan di Parlimen pada 5 April tahun lepas, yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial. 

Melalui seksyen berkenaan, organisasi komersial boleh didakwa sekiranya orang yang bersekutu dengan mereka terlibat dengan jenayah rasuah dengan tujuan untuk membolehkan organisasi komersial itu memperoleh atau mengekalkan kontrak atau kepentingan.

Latheefa juga tidak menolak sekiranya ada pihak yang mengganggap dirinya sebagai “whistleblower” atau pemberi maklumat dan akan menyalahgunakan akta itu sebagai pelindung. 

Namun, katanya status sebagai whistleblower itu akan ditentukan SPRM setelah siasatan menyeluruh dilakukan terhadap laporan yang dibuat. – Bernama, 4 Disember, 2019.


ZAMAN SAPA

NAJIB 

HISHAM H20

ZAHID HAMIDI

ATAU

MAT SABU
---------

Tiada ulasan: