Jumaat, 3 Januari 2020

DAH TAK SABAR









DAH MULA 

BERATIP

BELUM  MASUK

SEMINGU 2020

RATIP DAH MULA

Pakatan tidak tetapkan Mei untuk Dr Mahathir serah kuasa, kata Saifuddin


Pakatan tidak menetapkan sebarang tarikh kepada Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, kata Saifuddin Abdullah.

“Walaupun Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju pada 6 Januari, 2018 yang Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-8, ia tidak menyatakan sebarang tarikh.

“Maka, isu tentang peralihan kuasa pada Mei 2020 tidak berbangkit,” kata ketua setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahan pula, Saifuddin berkata Dr Mahathir sudah punya memberi komitmen pada 10 Disember 2019 bahawa beliau akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak APEC 2020 di Kuala Lumpur pada November.

Dr Mahathir akan menjadi satu-satunya perdana menteri yang menganjurkan mesyuarat APEC dua kali, selepas kali terakhir di Kuala Lumpur pada 1998.

“Sebarang soalan tentang isu peralihan kuasa patut diberikan kepada Majlis Presiden PH untuk diputuskan,” kata Saifuddin yang juga menteri luar.

Saifuddin mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat PKR yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad yang mahu Majlis Presiden PH memenuhi peralihan kuasa Mei 2020 daripada Dr Mahathir kepada Anwar.

“Ia perlu dilakukan demi negara ini. Kawasan saya, perkhidmatan awam atau masyarakat perniagaan, mereka mahukan jawapan jelas tentang perkara ini,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini. – 3 Januari, 2020.


SELALUNYA

BERATIP

DUA MINNGU

SEKALI 

KAH KAH KAH

NAMPAKNYA

TAHUN 2020 

MAKIN KERAP

BERATIP

TAK SABAR 
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


-------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nuar ni pun satu hal. Pernah jadi Timbalan PM. Pernah masuk jel dua kali umur pun dah 70 lebih. Apalah yg nak dikejar, sabar lah. Tengok Madey. Dua kali jd PM, umur pun dah lebih 90 tahun. Dia relaks je jd PM. Tak tergopoh2 nak resign. Dia sabar je pegang jawatan PM tu. Aku rasa bila sampai umoq 100 pun dia masih sabar.

Nope berkata...

Kahkahkah. Mu sembah lah atok tua tu byk2. Sesungguhnya atoklah yg memberi rezeki pada mu tt. Mu pun bkn ada tuhan permanent pon. Kejap sembah helmet, kejap sembah asap vape. Btw, wa sokong lu dlm program menghalang abam. Pasal umur dh 70 kot. Kasi la yg 50 cm azmin tu ha. Kredibiliti jaga slangor tu kot.