Jumaat, 14 Februari 2020

MACAM MACAM CERITA





MACAM MACAM

CERITA DIDEGAR

Dr Mahathir kata tidak tahu pasal akuan bersumpah

DR Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu dan tidak terlibat dengan dakwaan adanya gerakan mengumpulkan akaun bersumpah ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan kepadanya kekal sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hairan bagaimana timbul laporan adanya 138 ahli Parlimen yang menandatangani akuan bersumpah menyokongnya kekal sehingga habis penggal.

“Hari ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai majoriti. Bagaimana boleh dapat angka 138, yang itu orang lain punya kerja, saya tidak tahu mereka boleh buat macam itu.

“Maknanya PH mesti sokonglah (sebab itu) dapat angka macam itu,” kata beliau dalam satu sidang media di Langkawi, hari ini.

Ditanya adakah beliau tahu tentang akuan bersumpah itu, Dr Mahathir berkata beliau mendengar “macam-macam cerita”.

MANA YG BETUL

MANA YG PALSU

GURU NANAK

PUN TAK TAHU

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kata tak tahu maknenya tahu lah. Kata baca terbalik. Eleh nak buat trik lak. Janganlah berita diutusan malaysiakan pulak

Tanpa Nama berkata...

Wayang belaka, drama harian Ada, drama Mingguan Ada, sketsa isu Ada kah kah kah siapa pengarah siapa penyunting skrip, siapa penonton, apa jalan cerita semuanya diatur belaka, rakyat ini hanya undi Lima tahun sekali, selepas undi semua keputusan tidak.memihak.kepada rakyat, lebih memihak kepada kaum kerabat, kroni supaya untung, agensi kutip Wang rakyat, semua nak untung lah cukai Naik, susah rakyat saja,.alangkah baik kalau semua warga politik lenyap dari muka Bumi kah kah kah ? Tak Ada Trump Tak Ada modi Tak Ada Hitler, Tak Ada Najib Tak Ada rosmah betapa beruntung umat manusia ? Kah kah kah semuanya berada menyusahkan umat manusia tak Tak Kira agama bangsa negara..
Tak nampak satu pemimpin suci murni.tidak sondol bontot tiada skandal tiada curi tiada himpun harta alangkah bahagia dunia ini ? Kalau boleh mereka.ini nak semua kemewahan dunia sampai mati.
Sia Sia menjadi manusia yang tamak haloba bila mati Tak bawa apa apa, emas berlian Tak bawa kah kah kah