Isnin, 6 April 2020

AL-FATIHAH








AL - FATIHAH

131 kes baharu Covid-19, seorang lagi maut

MALAYSIA mencatatkan 131 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,793 kes, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak satu kematian juga turut dilaporkan.

Jumlah kematian di negara ini kini berjumlah 62 orang. 

Beliau berkata dalam masa 24 jam seramai 236 pesakit pulih menjadikan keseluruhan 1,241 sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

Bagaimanapun seramai 102 pesakit masih berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana 51 pesakit memerlukan sokongan pernafasan.

Mengenai kes kematian baharu Dr Noor Hisham berkata mangsa berusia 67 tahun mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Beliau juga ada kontak hubungan rapat dengan beberapa pesakit yang positif dari kluster tabligh.

“Pesakit dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu dari 29 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 10.22 pagi pada 5 April,” katanya. – 6 April,


SAMA SAMA

INGAT MEGINGATI






----------

Tiada ulasan: