Sabtu, 4 April 2020

HARI INI SERANGAN KARONA





HARI INI

SERANGAN

 KARONA


4 lagi korban Covid-19, 150 kes baru


Pekerja Malaysia dari Singapura tak perlu kuarantin 14 hari, kata laporan



322 kes Covid-19 dilaporkan berlaku di Lembah Pantai

LEMBAH Pantai di Kuala Lumpur kini menjadi kawasan merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Setakat 3 April, ia melaporkan 322 kes mengatasi Hulu Langat, Selangor yang mempunyai 302 kes untuk menjadi zon merah paling bahaya di negara ini.

Hulu Langat yang bersempadan dengan Lembah Pantai menjadi zon merah utama untuk empat hari berturut-turut sejak 30 Mac sehingga 2 April lalu.

Menurut grafik KKM, pecahan kes Covid-19 zon merah mengikut daerah adalah seperti berikut: Lembah Pantai (322), Hulu Langat (302), Petaling (292), Kuching (153), Seremban (141), Johor Bahru (136), Kluang (132), Kepong (100), Klang (88), Titiwangsa (84), Kota Bahru (82),  Kinta (82), Gombak (76), Tawau (63), Hilir Perak (61), Batu Pahat (48), dan Jerantut (41).


Terdapat 2,203 kes positif Covid-19 di 17 zon merah ini.

Selangor mempunyai kes tertinggi kerana kebanyakan kluster tabligh Sri Petaling adalah penduduk negeri itu.

Sesuatu kawasan akan dianggap zon merah sekiranya merekodkan lebih 41 kes positif Covid-19.

Definisi KKM menjelaskan zon oren pula adalah kawasan dengan kes antara 20 sehingga 40, manakala zon kuning dengan 20 kes dan ke bawah.

Setakat tengahari semalam, jumlah kes di zon oren seluruh Malaysia ialah: Cheras (37), Rembau (36), Lahad Datu (36), Seberang Perai Tengah (35), Putrajaya (35), Kuala Muda (32), Kuala Selangor (32), Kota Kinabalu (29), Kuantan (29), Muar (28), Jasin (28), Timur Laut (27), Kota Samarahan (25), Hulu Selangor (24), Besut (24), Melaka Tengah (24), Kulai (24), Kota Setar (23), Pekan (22), Sepang (22), Alor Gajah (21), dan Kuala Langat (20).

Sehingga semalam, terdapat 3,333 kes positif Covid-19 dan 53 kematian dilaporkan di negara ini. – 4 April, 2020.


BERHATI

BERWASPA

INGAT

MENGINGATI



------------

Tiada ulasan: