DAULAH DAN
PERANG KELAS
Tulisan ini digarap pada Selasa 23 Jun 2020. Saya memungut dan merakamkan statistic serangan Cobid-19 dari WHO (World Health Organisation). Setakat hari Selasa ini seramai 8,860,331 warga dunia telah dihinggapi oleh virus Karona. Seramai 470,822 anak semua bangsa warga dunia dari pelbagai negara telah tewas gugur.
Statistic WHO ini juga menunjukkan Amerika Sarekat sebagai negara paling terok diserang virus Karona. Seramai 2,241,178 telah dihinggapi. Seramai 122,248 warga Amerika telah mati. Dan paling terkini seramai 32,349 disahkan sebagai pesakit baru. Jumlah kematian di Amerika ialah 30% dari semua kematian global walhal penduduk Amerika hanya 5% dari jumlah penduduk dunia.
Nisbah angka kematian di Greece, Cuba, Vietnam Austria, Korea Selatan, Mongolia atau Taiwan lebih rendah berbanding dengan Amerika. Negara negara ini juga memiliki watak-watak yang sama saperti Amerika.
Di Korea Selatan, Cuba, Vietnam atau di Taiwan ramai penduduk menginap dalam kota-kota dan pekan. Ada wilayah yang padat. Pasar raya dan gedung membeli belah menjadi tempat warga berkumpul. Café, restoran dan pub bersepah sepah tempat warga duduk ramai-ramai bersantai. Tidak ada yang unik untuk menarik virus Karona memilih Amerika dan tidak Korea Selatan, Cuba , Vietnam atau Taiwan.
Amerika negara terkaya dalam dunia. Amerika Sarekat memiliki hospital dan klinik tercanggih dalam dunia. Amerika memiliki pakar perubatan yang ulung. Banyak sosok perubatan – bomoh dan tabib – kelas dunia tinggal di Amerika Sarekat. Hospital dan klinik di Amerika lengkap dengan peralatan terbaru yang canggih manggih. Universiti dan sekolah perubatan Amerika tersohor. Kaji selidik ilmu perubatan dan ilmu bidang sains teruggul dalam dunia berpusat di Amerika.
Fakta menunjukkan seramai 336 warga Amerika adalah pemenang Hadiah Hadih Nobel semenjak tahun 1901. Dari jumlah ini seramai 94 orang memenangi hadiah dalam bidang Physiologi dan Perubatan. Amin.
Tetapi kenapa Amerika Sarekat menjadi negara paling terok diserang oleh Karona. Serangan pandemic kali ini membuktikan Amerika tercorot dalam bidang menyelamatkan warga. Tercorot dalam bidang kesehatan awam. Apakah darah warga Amerika lebih enak untuk dibaham oleh Mat Karona. Tidak. Tidak. Tidak.
Jawabnya ialah sistem.
Kematian dan statistic yang menonjol ini adalah manifestasi dari satu sistem. Untuk memahami persoalan Covid-19 dan pandemik ini kita wajib memahami apa sistem yang digunak pakai oleh Amerika Sarekat. Kita wajib memahami sistem ekonomi Amerika.
Saya berterima kaseh pada Karona. Pandemic Covid-19 ini telah memaksa dunia untuk mula berbincang tentang sitem perubatan awam. Berbincang tentang sistem kesehatan untuk rakyat teramai. Melalui perbincangan tentang kesehatan awam maka dengan sendirilah terbuka luas perbincangan tentang sistem ekonomi.
Pada ketika ini seluruh dunia sedang berlabon tentang sistem ekonomi. Kalau dahulu hanya kaum Marxis, kaum Sosialis dan kaum kerabat kiri sahaja yang membincang dan menimbulkan wacana tentang sistem ekonomi. Kali ini perbualan dunia ialah sistem, sistem dan sistem.
Virus Karona telah memaksa warga dunia untuk memahamai bahawa dibelakang kehidupan moden hari ini wujud satu sistem. Kita semua – anak semua bangsa ini adalah manifestasi dari sistem ini. Budaya, gaya hidup, nilai, . kepercayaan , moral dan semua ciri kehidupan kita hari ini adalah manifestasi dari satu sistem. Amin.
Sistem ini ialah sistem ekonomi kapitalis. Apakah dia yang dipanggil sistem ekonomi kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis muncul sesudah runtuhnya sistem feudal. Sistem ekonomi feudal menobatkan Raja sebagai punca kuasa. Semua kuasa dimiliki dan berpusat kepada Istana dan Raja. Orang ramai bekerja untuk Raja. Tanaman , buah buahan, ternakan ayam itik kambing lembu boleh diambil oleh Raja bila bila masa sahaja. Malah anak dara dan isteri sendiri pun boleh dirembat oleh Raja jika Tuanku pekenan.
Tenaga tulang empat kerat rakyat jelata boleh dikerah oleh Raja untuk membuat apa sahaja kerja. Jika Raja berperang maka rakyat jelata akan dikerah untuk menjadi soldadu mempertahankan Raja. Amin.
Sistem feudal ini masih ada. Di Saudi Arabia, di Negara Arab Telok dan juga di Berunai sistem ini masih digunapakai. Amat jelas ada kerjasama paling intim dan bersekongkolan yang rapat antara kaum feudal dengan kaum agamawan. Masjid dan Istana sepakat.
Raja membunuh jika kamu engkar. Gulungan agamawan akan menanda tangani surat untuk menghantar kamu dibakar api neraka jika kamu engkar. Dua Lembaga – Istana dan Masjid - bekerja rapat menakut nakutkan dan mengancam orang biasa. Tujuan ancaman hanya satu untuk mengumpul dan memiliki harta kekayaan demi kesenangan dalam hidup.
Jangan silap baca : Istana dan Masjid dan tulisan ini bukan bangunan. Masjid dan Istana ini adalah lembaga daulah.
Sistem ekonomi feudal ini dilawan oleh gulungan baru yang merasakan sistem ini tidak adil. Kuam baru ini bangun memberontak dan memenggal kepala Raja.
Gulungan baru ini membawa sistem ekonomi kapitalis. Kuasa Raja dan Masjid mula di ketepikan. Raja dan Masjid bukan lagi punca utama kuasa daulah.
Kini harta kekayaan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Kalau dalam sistem feudal yang dibenarkan mengumpul harta kekayaan hanya Raja dan kaum kerabat Istana. Kini dalam sistem baru – sistem ekonomi kapitalis individu – orang persendirian dibolehkan mengumpul harta. Mereka dipanggil pemaju, pemodal, tuan tanah, atau towkay. Sesiapa ada modal boleh menjadi kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis ini berpaksikan keuntungan maksima. Rukum imam kaum kapitalis ialah untung. Apa sahaja yang menguntungkan akan diniagakan oleh kaum kapitalis. Apa boleh beli akan dibeli – apa boleh jula akan dijual – asalkan semua membawa keuntungan.
Kaum kapitalis dan kaum pemodal ini akhirnya akan memiliki punca-punca pengeluaran. Punca pengeluaran bermakna – tanah, kilang dan bank – akan dimiliki oleh kaum pemodal. Orang ramai rakyat biasa akan menjadi consumer. Orang ramai akan didorong dan dikandang untuk membeli hasil barangan – produk - yang telah dikeluarkan oleh kilang milik kaum kapitalis.
Pengeluaran bahan produk yang dihasilkan oleh kaum kapitalis hanyalah dengan satu tujuan - membawa keuntungan. Jual beli kaum kapitalis hanya berlaku jika ada untung. Untung. Untung dan cari untung. Untung adalah wirid kaum kapitalis. Untung ialah kiblat dan Rukun Iman kaum kapitalis. Amin.
Kaum kapitalis akan sedaya upaya tidak mahu diganggu gugat dalam menjalankan perniagaan mencari untung. Dalam masa yang sama saki baki Raja dan Istana juga boleh berkerja sama dalam usaha mencari untung. Kerabat Sultan atau Puteri atau Putera Raja di ah lan wah sah lankan untuk berniaga atau membuat projek. Bagitu juga Masjid tidak dilupuskan dari budaya meniaga dan mencari untung. Dari sejarah menjual agama adalah perniagaan kedua tertua dalam dunia.
Masjid masih wujud - kini diambil sebagai rakan baik kaum pemodal. Ini penting untuk mengelurakan nas dan hadis bagi mengharamkan sesuatu yang tidak menguntungkan kaum kapitalis. Atau menghalalkan sesuatu yang membawa keuntungan kepada kaum pemodal. Kepada yang keras kepala dijanjikan api neraka. Jika masih keras kepala ditakrif sebagai penganuat ajaran sesat. Saperti di Saudi Arabia dituduh murtad untuk dipancung kepala sesudah sembahyang Jumaat dihadapan Masjid.
Dalam sistem ekonomi kapitalis peranan daulah adalah minima. Daulah hanya diperlukan untuk mengadili jika berlaku perbalahan – sebagai contoh - antara pemaju perumahan dengan setinggan. Lagi jauh daulah berperanan dari urusan perniagaan lagi molek dan lagi maju jaya kaum kapitalis.
Apa sangkut paut sistem kapitalis ini dengan serangan virus Karona keatas Amerika Sarekat?
Jawabnya : Sistem ekonomi kapitalis Amerika telah gagal menangani serang Karona. Amerika walau pun dengan kecanggihan hospital , klinik dan makmal perubatan – telah gagal. Amerik tercorot dalam usaha melawan Cobid-19.
Sistem ekonomi kapitalis tidak memiliki keupayaan hakiki untuk melawan pandemic yang berlaku.
Di Amerika yang disembah ialah keuntungan. Maka semua sistem perubatan di Amerika didirikan untuk mencari untung. Jika tidak ada untung maka klinik dan hospital tidak akan didirikan. Kesehatan menjadi bahan perniagaan. Orang sakit diperniagakan. Lagi ramai sakit lagi molek untuk bisnes.
Perubatan menjadi industri. Perubatan bukan lagi untuk memastikan kesehatan orang ramai dijaga baik. Kesehatan warga negara dijadikan komoditii untuk diniagakan saperti jual beli sawit dan getah.
Kesehatan maknanya keuntungan. Orang ramai hanya consumer. Siapa ada duit akan dapat rawatan. Siapa tak ada duit mati ditangga pintu hospital. Warga Amerika yang tidak memiliki insuran perubatan tidak akan dapat rawatan perubatan. Sebelum mendafatr ke hospital perlu dibuktikan memiliki dana dalam akoun bank, memiliki sijil insuran atau cagaran harta. Inilah namanya sistem ekonomi kapitalis.
Justeru yang banyak mati di Amerika adalah mereka yang miskin. Mereka yang tidak ada modal untuk mendapat rawatan hospital. Mereka yang tidak ada duit kerana hilang pekerjaan. Data menunjukkan majoriti yang mati kerana Covid-19 di Amerika adalah Orang Hitam, Latino, kaum pendatang yang halal dan yang haram. Ini termasuk warga miskin kota yang tidur ditepi jalan atau dilorong-lorong.
Daulah di Amerika tidak memiliki peranan. Kaum kapitalis di Amerika berjaya menfikan daulah dari mendirikan hospital atau klinik. Menjaga kebajikan rakyat dan kesehatan rakyat bukan tugas kerja daulah. Kapitalisma mengikut teori wujud - tangan ghaib – yang akan menguruskan semua. Daulah hanya jadi saksi.
Dalam sistem ekonomi kapitalis semua ornag diwajibkan melepaskan pucuk masing masing. Aku untuk aku. Kau untuk kau. Semangat kekitaan dan kemasyarakatan bukan akidah ajaran sistem ekonomi kapitalis. Komuniti dan konsep gotong royong, kerjasama atau berseraya tidak dibenarkan wujud dalam sistem ekonomi kapitalis. Tolong menolong dan bantu membantu akan membantutkan dan menghalang keuntungan maksima. Tenaga kerja adalah komoditi untuk dijual beli bukan untuk dihadiah atau disedekahkan.
Apa terjadi dari 18 March 2020 hingga ke 19 Mei 2020?
Ini sesudah WHO telah mengumumkan pandemik Covid-19. Ini sesudah Wuhan menjadi buah mulut warga dunia. Apa terjadi di Amerika pada Tarikh ini?
Dalam masa dua bulan ini berjuta warga Amerika hilang pekerjaan. Berjuta beratur untuk mendapat stem makanan. Hari ini seramai 42 juta warga Amerika telah hilang pekerjaan. Mereka tergelincir jatuh hilang kerja terus menjadi statistic warga miskin dalam negara terkaya dalam dunia.
Apa lagi yang berlaku antara 18 March hingga ke 19 Mei 2020?
Jangan terperanjat. Saya rakamkan data ekonomi Amerika dalam masa dua bulan awal serangan Covid -19. Dalam masa dua bulan ini ditafsirkan harta kekayaan 600 orang bilionwan Amerika melonjak naik dari 2.948 trilion dollar ke 3.82 trilion dollar.
Dalam masa yang sama jumlah bilionwan di Amerika bertambah dari 630 orang menjadi 614 orang. Mengikut laporan majalah Forbes pada 24 April 2020 diumumkan bilionwan terbaru bernama Kanye West. Sosok ini menjadi billionwan termiskin berbanding dengan yang lain.
Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong mengamalkan sistem kapitalis sama saperti di Amerika. Kenapa kematian berkuarangan disana. Di Malaysia juga mengamal sistem kapitalis. Malaysia bukan Cuba yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis. Kenapa kita di Malaysia berjaya melawan Covid-29. Jawabnya tunggu minggu hadapan. (TT)
1 ulasan:
Corona satu kesedaran kepada manusia umum, yang miskin akan kematian manakala yang kaya boleh menyambung nyawa dengan kemudahan, semuanya patuh pada nilai dollar, Malaysia pun apa kurangnya, yang curik susu tepung untuk anak kelaparan masuk penjara manakala yang curik juta billion masih lagi berkeliaran merayap dengan kereta mewah, nak tunggu kes siap mungkin berpuluh tahun, banyak ruang dan peluang membuat rayuan, banyak ruang menjadi bossku kembali, semua dunia kapitalis, Mahathir Mohamad yang menjadi pemimpin selama 23 tahun lebih mengakui Money Is King, tetapi hakikatnya Money Is God, masih mengharapkan belas kesian jasa baik rakan taulan kah kah kah, tapi percayalah hukum karma memang wujud, mungkin sudah sampai masa karma akan membalas segala kemungkaran yang si polan laku kan selama ini,sama sama kita lihat nanti kah kah kah
Catat Ulasan