Khamis, 23 Julai 2020

ARAHAN BAHAYA YANG PELIK






KENAPA  MINGGU

DEPAN KENAPA

TAK SEKARANG


Wajib pakai pelitup muka di tempat sesak mulai 1 Ogos, kata menteri

ORANG ramai diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak dan di dalam pengangkutan awam bermula 1 Ogos, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia sebagai langkah membendung jangkitan Covid-19 memandangkan terdapat trend peningkatan baharu yang membimbangkan.

Perkara itu juga diwajibkan memandangkan orang ramai dilihat tidak lagi mengguna penutup muka dan mengamal penjarakan sosial di tempat awam, katanya.

Menurut beliau, individu yang tidak mematuhinya boleh dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Tambahnya orrang ramai juga dibenar menggunakan pelitup muka buatan sendiri yang perlu mematuhi spesifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Kementerian Kesihatan akan beri spesifikasi tersebut. Kita akan keluarkan supaya kita boleh jahit sendiri penutup muka untuk digunakan,” katanya.

Jumlah kes baharu meningkat kepada dua angka semula bermula minggu lalu, yang turut melibatkan jangkitan daripada kalangan warga yang pulang dari luar negara.

Kalangan warga tersebut juga didapati melanggar perintah kuarantin di rumah dan meningkatkan risiko jangkitan.

Selain itu, puluhan lagi didapati gagal menjalani saringan kedua untuk memastikan mereka benar-benar bebas Covid-19, dan kini dicari polis.

Ia menyebabkan kerajaan mewajibkan kuarantin warga yang pulang dari luar negara itu menjalani kuarantin di pusat yang ditetapkan, berkuatkuasa esok.

Jumlah kes baharu didapati meningkat kepada dua angka semula sejak seminggu lalu.

Semalam, 16 kes baharu direkodkan menjadikan 142 kes aktif dan sedang dirawat. – 23 Julai, 2020.


KALAU BAHAYA

KALAU BAIK

MENGAPA

TANGGUH ?

NAK TUNGGU 

APA LAGI ?

INI ARAHAN

PELIK MELIK

AMIN

Tiada ulasan: