Jumaat, 10 Julai 2020

KETUA PEMUDA GEROMBOLAN DIPELEKEH






KETUA PEMUDA

GEROMBOLAN

DIPERLEKEH

KAH KAH KAH


‘Buat apa nak jumpa Ketua Pemuda UMNO, dia bukan presiden saya’


PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Luar Bandar,  Dr Abd Latiff Ahmad yang menimbulkan kontroversi ekoran kenyataannya mengenai UMNO – enggan memanjangkan lagi isu berkenaan.

Malah beliau juga enggan melayan permintaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Asyraf Wajid Dusuki yang mahu menemuinya.

“Buat apa saya nak jumpa dia (Asyraf Wajdi), dia bukan presiden saya. Adakah perlu saya jumpa Pemuda UMNO. Apa kaitan kementerian ini dengan Pemuda UMNO?

Beliau berkata demikian ketika ditanya samada akan bertemu dengan Asyraf Wajdi mahupun Exco Pemuda UMNO bagi menjelaskan kenyataannya.

Sebelum itu, kenyataan beliau tentang UMNO Sabah sudah tidak laku kerana ramai ahlinya yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meniadi kontroversi termasuk sesama parti dalam Perikatan Nasional.

Semalam, Asyraf Wajdi menggesa agar Ahli Parlimen Mersing itu meletakkan jawatan susulan kenyataannya bahawa parti itu ‘tidak laku’ di Sabah.

Beliau berkata Pemuda UMNO memandang serius kenyataan Abdul Latiff yang dibuat dalam sebuah forum baru-baru ini sebagai biadap dan angkuh.

“Dia (Asyraf Wajdi) bukan Ahli Parlimen. Saya faham dengan orang politik, buat apa nak panjangkan cerita,” katanya lagi.

Ditanya mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau meletakkan jawatan sebagai menteri dan Ahli Parlimen, beliau meletakkan perkara itu di tangan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin.

“Itu terpulang kepada Perdana Menteri. Dia yang lantik saya,” tegas Abd. Latiff.

Selain Asyraf, Ketua UMNO Bahagian itu, Mohd Youzaimi Yusof, turut berkata Abd. Latiff pernah menyatakan kepada kepimpinan dan akar umbi UMNO Bahagian Mersing akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen sekiranya beliau melompat parti.


KALAU KENA

LANCHAU MACAM

INI MASIH 

SENYAP

TAK MELAWAN

LEBIH BAIAK

JANGAN PIMPIN

PEMUDA

KAH KAH KAH

BERI PADA

MAT AZALINA

JADI KETUA

LEBIH AFDAL

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: