Selasa, 21 Julai 2020

MADEY AKAN TERUS LAWAN MUHYIDDIN








WOW

BERAT
 


Akar umbi Bersatu masih sokong saya, kata Dr Mahathir


DR Mahathir Mohamad akan terus melawan Muhyiddin Yassin untuk menguasai Bersatu kerana beliau yakin akar umbi masih menyokong pengerusi mereka yang dipecat.

Tambahan pula, Dr Mahathir juga percaya beliau masih lagi ahli Bersatu. 

“Kami anggap diri kami masih lagi ahli Bersatu. Beliau (Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin) terus pecat sesiapa sahaja sekiranya tidak menyokongnya. 

“Itu tidak boleh kerana perlembagaan ada prosedurnya. Oleh itu, saya masih lagi ahli Bersatu dan kami akan tunggu mahkamah untuk putuskan,” kata bekas perdana menteri itu dalam sesi temubual eksklusif dengan The Malaysian Insight.

Beliau berkata, Bersatu mempunyai perlembagaan dan parti tidak boleh memecat tanpa siasatan yang telus. 

“Dalam perlembagaan parti, presiden perlu berunding dengan pengerusi, iaitu saya. Tapi beliau pecat saya tanpa bertanya saya. Beliau juga pecat setiausaha agung tanpa tanya saya,” kata Dr Mahathir.

Pemimpin berusia 95 tahun itu berkata beliau akan terus menguasai Bersatu kerana masih mendapat sokongan akar umbi walaupun dipecat. 

“Secara umumnya Bersatu menyokong saya sebagai pengerusi kerana mereka percayakan saya. 

“Tetapi Muhyiddin telah memujuk ketua bahagian (dengan berikan jawatan kepada mereka dalam kerajaan) untuk menyokongnya. 

“Dan jika kamu tidak sokong beliau, beliau akan pecat kamu dan letakkan orang yang menyokongnya,” kata Dr Mahathir yang juga ahli Parlimen Langkawi. 

Katanya hampir semua ketua bahagian Bersatu mengubah pendirian mereka dan kini menyokong Muhyiddin. 

“Tetapi ramai akar umbi masih menginginkan Bersatu yang lama. Mereka tidak ditawarkan apa-apa dan jumlah mereka ramai. Mereka bukan ahli Parlimen. Mereka merasakan objektif asal Bersatu harus dipertahankan. Maksudnya, kita menentang Umno.

“Kini kita perlu teruskan tanpa pemimpin,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir mengatakan bahawa dia didorong oleh kempen “Bersatu Blackout” baru yang dilancarkan di negeri asalnya di Kedah pada hari Sabtu.

“Walaupun mereka tiada pemimpin, mereka hadir dengan ramai. Pada Sabtu, saya ada 800 orang dalam dewan.

“Dewan boleh muatkan 2,000 tetapi kerana penjarakan sosial, kami hanya benarkan 800 orang masuk. 

“Di luar masih ramai. Kita ada kira-kira 17,000 orang yang tonton siaran langsung di internet.”

Bersatu kini memecat enam ahli Parlimen termasuk Dr Mahathir, kerana tidak menyokong Muhyiddin. Ahli Parlimen terbaharu yang dipecat adalah Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Salleh, yang merupakan bekas setiausaha politik Muhyiddin.

Ahli Parlimen lain yang dipecat Bersatu termasuk bekas timbalan presiden Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) dan Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam). – 21 Julai, 2020.

NASIB BAIK

MAT KOBID 

DATANG BATU

KALAU TAK

MUHYIDDIN

TUNGGANG

LANGGANG

AMIN


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah tua nak Mampos pun masih tak sedar diri!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau Madey kelim mesti benar punya. Orang lain kelim mesti autar punya. Kalau Madey buat trick dia bijak ada strategi politik. Kalau org lain buat mesti dapat podaah punya. Madey kalau kentut kat muka TT dia mesti kelim bau harum punya.