Sabtu, 22 Ogos 2020

BERSATU LUMPUH






INI BERAT

LUMPUH 

TIDAK BERGERAK

AMIN

KENA SIMIN KE

AMIN


Bersatu Kedah lumpuh, kata bekas pemimpin negeri


TIGA daripada setiap empat ahli Bersatu di Kedah akan menyertai parti baharu yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir Mohamad, kata bekas pemimpin kanan parti.

Mereka adalah antara pemimpin dan ahli Bersatu di 11 daripada 15 bahagian di seluruh Kedah yang sudah mengumumkan keluar parti atau dipecat baru-baru ini, kata bekas timbalan pengerusi Bersatu negeri Anuar Abdul Hamid.

“Kebanyakan yang buat pengumuman terdiri daripada ketua-ketua bahagian, cawangan, ketua sayap dan ahli jawatankuasa. Walaupun pemimpin yang umum keluar parti, mereka mewakili ahli akar umbi.

“Setakat ini, ada 11 bahagian yang ahli jawatankuasanya letak jawatan dan umum keluar parti. 

“Empat lagi akan menyusul bulan ini iaitu Baling, Padang Terap, Kuala Kedah, dan Pendang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight. 

Beliau menambah sejak seminggu lalu, mereka yang mengumumkan letak jawatan dan keluar parti termasuk pemimpin dan ahli jawatankuasa bahagian di Langkawi, Alor Setar, dan Kulim-Bandar Baharu.

Bahagian Jerlun yang diketuai timbalan presiden Bersatu Mukhriz Mahathir yang juga pengerusi Bersatu Kedah serta bahagian Kubang Pasu yang diketuai ahli Parlimen Amirudin Hamzah juga lumpuh. 

Mereka adalah dua antara enam ahli parlimen Bersatu yang diberhentikan keanggotaan parti kerana tidak menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin.

Minggu ini pula, Bersatu Bahagian Pokok Sena juga dipercayai lumpuh selepas 11 daripada 19 cawangan keluar parti dipimpin bekas timbalan ketua bahagian Mohd Tazidi Awang Kechik pada Rabu.

Mereka mengumumkan keputusan keluar parti pada hari sama bekas pemimpin kanan Bersatu mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan parti baharu yang mereka namakan Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang.

“Sementara Pejuang dalam proses pendaftaran, ada bahagian-bahagian Bersatu yang minta kita buat roadshow dan umum secara terbuka untuk keluar parti,” tambah Anuar, yang baru-baru ini dipecat kerana menyokong Dr Mahathir dan Mukhriz.

Lumpuh tapi belum bubar

Ditanya apakah 11 daripada 15 bahagian Bersatu di Kedah kini terbubar, Anuar menjelaskan pembubaran bahagian hanya boleh diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

“Hanya MPT putuskan bahagian bubar atau tidak. Tetapi secara teknikal apabila semua pimpinan umum letak jawatan maka lumpuh bahagian itu,” katanya, yang turut menganggarkan Bersatu mempunyai lebih 40,000 ahli di Kedah.

Anuar memberi contoh bahagian yang diketuainya sendiri di Merbok, yang mempunyai 19 cawangan. Beliau menang jawatan ketua bahagian dalam pemilihan parti pada hujung Mac lalu, hampir sebulan selepas peralihan kerajaan di Putrajaya yang menjadi titik pertikaian dalaman Bersatu.

“18 ketua cawangan menyebelahi saya. Memang belum terbubar tetapi lumpuhlah,” katanya. 

Keluar Bersatu, masuk Pejuang

Mengenai parti baharu Dr Mahathir, Anuar percaya tiga dalam setiap empat ahli Bersatu di Kedah akan menyertai Pejuang.

Beliau malah yakin Pejuang akan lebih mudah menarik ahli berbanding Bersatu, seperti pada awal penubuhannya pada September 2016.

“Saya yakin, tiga per empat ahli Bersatu akan masuk Pejuang. Waktu awal penubuhan Bersatu, kita hadapi kesukaran untuk kenalkan parti dan pemimpin.

“Tetapi sekarang kita dah ada tapak, orang dah kenal kita… jadi tidak sukar seperti dahulu.

“Di media sosial pun, selepas diumumkan Pejuang mahu berdaftar, ramai yang telah menyatakan sokongan,” jelasnya.

Selain mengemukakan pendaftaran minggu ini, Pejuang juga menghebahkan logo parti berupa huruf jawi “pa” yang berbentuk seakan-akan perisai berserta tiga titik di atasnya, mewakili Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Negara. 

Logo berwarna biru pantone itu mempunyai tulisan “Pejuang” bertulis dengan warna hitam di bawahnya. Parti ini memakai slogan “Pejuang Berprinsip”.

Beliau menyifatkan episod ini adalah “proses tapisan” untuk membersihkan parti yang kekal berjuang.

“Kita kenal orang yang ikhlas atau gila jawatan. Kami letak jawatan dan akan sertai Pejuang, tidak dapat apa-apa.

“Ini berbeza dengan mereka yang pegang jawatan dalam Bersatu, dapat jawatan syarikat berkaitan kerajaan, ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),” katanya. – 22 Ogos, 2020.



BEKAS AHLI

NAK LARI

KE MANA?

PARTI PEJUANG 

BELUM DAFTAR

AMIN

KALAU GAGAL

DAFTAR APA

AKAN JADI

SAJE TANYA

KERANA RISAU

AMIN

Tiada ulasan: