Ahad, 23 Ogos 2020

BERSATU MASIH TAK JELAS






PARTI BERSATU

UNTUK ANAK

SEMUA BANGSA ?

AMIN

KALAU  PARTI

BERSATU

TERBUKA UNTUK

SEMUA INI SATU

YANG GARIS 

POLITIK TEPAT

AMIN


Bersatu sedia buka ruang ahli bukan Melayu sertai kepimpinan parti


BERSATU sedang mengkaji Perlembagaan parti itu bagi membolehkan ahli bukan Melayu dan Bumiputera menyertai barisan kepimpinan parti, kata presidennya Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga perdana menteri berkata, kajian itu akan dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Rais Yatim sebelum dibentangkan kepada MPT.

“Dalam mesyuarat MPT Bersatu yang lalu, saya bawa usul untuk membolehkan ahli bersekutu menyumbang idea, bukan setakat menjadi ahli biasa, tapi berperanan beri idea dan terlibat dalam kepimpinan.

“Kita akan bentuk bahagian baharu dalam Bersatu, kami cadang pembentukan bab baru yang membolehkan ahli bersekutu memegang jawatan dan menyumbang idea untuk memajukan parti,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Negara 2020 yang turut menyaksikan penyertaan 10 ahli Parlimen bekas PKR ke dalam Bersatu.

Antaranya termasuk ahli Parlimen Segamat S Santhara Kumar yang sudah menyertai parti itu pada awal bulan ini.

“Satu jawatankuasa dibentuk dan akan kemuka kepada saya dan dibawa ke MPT. Sekiranya diterima, kita akan adakan perhimpunan agung luar biasa untuk pinda Perlembagaan Bersatu agar ia dapat dilksanakan,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.


TAPI

MASIH TAK JELAS

UNTUK ANAK

SEMUA BANGSA

ATAU HANYA

KELAB PENYOKONG

AMIN

JADI CABANG 

JADI  BAB

ATAU SAYAP

BUKAN MELAYU

AMIN

YANG INI

TIDAK JELAS

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, politik in mudah saja. Bukan parti mana yg buka untuk anak semua bangsa,tapi parti apa yg majoriti rakyat pilih.. satu hari nanti bila rakyat memilih tidak ikut bangsa dan agama sendiri,tapi yg berkaliber Ada integriti, tak hairan pun MCA mic pas umno buka untuk semua bangsa? Soalannya, bila? Kahkahkah

zaharuddin ahmad berkata...

Rakyat tahu bersatu menghadapi masalah..dalam jumlah penyertaan keahlian nya ... tak payah la nak buat baik....tak payahlah nak buka ruang keahlian kepada bukan melayu... sebaliknya.. mereka meluat dengan double standards yg diamalkan olih kerajaan sekarang.. selagi ini berlaku selagi itu lah.. kebencian mereka terhadap pemerintah berkubu dihati mereka.. yang peliknya kamu nak kan sokongan rakyat menyeluruh tak kira bangsa atau agama.. sekolah/ tv / surat khabar setia memainkan propaganda songsang .. siap bacaan doa untuk perolih kepercayaan .. untuk perolih sokongan.. tapi tidak lagi .. dan saya percaya kamu semua .. yg digelar pelacur politic.. akan kehilangan sokongan dalam kelompok parti kamu.. termasuk umno/pas/pkr/bersatu mic/mca/dap.. dll. .... jika perubahan tidak dilakukan. ..