Selasa, 6 Oktober 2020

TUAN HAJI SAILANG TUAN HAJI

 

LAGI TUAN AJI

BERGADUH 

KAH KAH KAH

TUAN AJI ANNUAR

SAILANG

TUAN AJI ANWAR

KAH KAH KAH

Annuar nyata sokongan pada Perikatan, tidak bekerjasama dengan Anwar atau DAP

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa menafikan beliau menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan menegaskan masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

“Tuan Haji Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh dan Setiausaha Agung Barisan Nasional bertegas dan kekal berpegang kepada keputusan-keputusan dasar parti, iaitu menyokong kemasukan ahli-ahli Parlimen ke dalam gabungan dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara en-bloc,” menurut kenyataan oleh pejabatnya malam ini.

Kenyataan itu juga menyatakan Annuar percaya dengan piagam Muafakat Nasional dan akan memperkukuhkan kerjasama antara Umno dan PAS.

“Tidak bekerjasama dengan Tuan Haji Anwar Ibrahim dan DAP.

“Berita bahawa Tuan Haji  Annuar menggesa atau mahu bekerjasama dengan Tuan Haji  Anwar dan DAP adalah palsu dan tiada asas sama sekali,” menurut kenyataan itu.

Beberapa hari lalu, Annuar turut membuat penafian mengenai dakwaan terdapat ahli Parlimen Umno yang menyokong usaha Anwar untuk membentuk kerajaan baharu dengan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Anwar pada 23 September lalu mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti yang kukuh untuk membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut dan masih belum menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara itu.

The Malaysian Insight sebelum ini turut melaporkan Umno berpecah kepada dua kem, satu kem yang menyokong Muhyiddin dan satu lagi yang cuba keluar daripada PN.

Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa pemimpin Umno yang berada dalam kabinet Muhyiddin sudah selesa dengan jawatan dan tidak akan meninggalkan perdana menteri.

Senarai itu didakwa termasuk Annuar, yang merupakan menteri Wilayah Persekutuan.

Annuar dilihat terlalu menyokong PN, menyebabkan Nazri Aziz mencadangkan beliau menyertai parti Muhyiddin, Bersatu. – 5 Oktober, 2020.

SEMUA ORANG

NAK TAHU

SIAPA YANG

SOKONG ABAM

KAH KAH KAH

DALAM PKR SEKARANG

ADA 3 ATAU 4 KERAT

TAK SOKONG  ABAM

 KAH KAH KAH

YB SAM ISKANDAR  

YB XAVIER 

NAK CELAH 

SEDANG TUNGU

 OFFER DARI MUHYIDIN

AMIN




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja 3-4 kerat dalam PKR. Ramai lagi dah sedar, nak tinggalkan Abam. Pergi tanya Uncle William dan Inche Wong.