Khamis, 1 Oktober 2020

UMNO TERANG TERANG TIBAI MUHYIDDIN

 




UMNO  SEDANG

GADUH SAMA SENDIRI

AMIN

 JALAN TERBAIK

CARI MUSUH LUAR

AMIN

MUHYIDIN MUSUH

TERBAIK UNTUK 

UMNO TIBAI 

KAH KAH KAH

MUHYIDIN DITEKAN

GADUH DALAMAN

REDA SADIKIT

KAH KAH KAH 

CARI MUSUH LUAR 

TAKTIK LAMA 

KAH KAH KAH


Putuskan segera hala tuju kerjasama politik Umno, kata Mat Hasan

UMNO perlu memikirkan semula kerjasama politiknya dengan parti lain selepas diketepikan di Sabah setelah pakatannya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang pilihan raya negeri, kata timbalan presidennya Mohamad Hasan.

Mohamad membayangkan Umno perlu menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan Barisan Nasional serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad menjelaskan kerjasama Umno dengan PN dan parti lain di Sabah tidak menguntungkannya, malah menjadikan parti itu sekarang hanya “pemain politik terpencil” dalam gabungan pentadbiran negeri.

“Apa yang berlaku di Sabah memerlukan Umno memikirkan semula pendekatan politiknya,” katanya.

Mohamad berkata kalau berdasarkan apa yang berlaku di Sabah, Umno akhirnya akan lemah dalam jangka panjang.

Dalam pilihan raya negeri pada 26 September, Umno yang bertanding 32 kerusi menang hanya 14 kerusi, lebih sedikit berbanding PN yang menang 17 kerusi.

GRS keseluruhannya menang 38 kerusi dan menokok tiga kerusi tambahan daripada wakil rakyat bebas.

Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor kemudian disepakati sebagai calon ketua menteri. Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman untuk penggal kelapan mengangkat sumpah jawatan ketua menteri pada Selasa.

Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan semalam mengakui Umno tidak boleh menuntut jawatan ketua menteri setelah hanya menang 14 kerusi.

Namun Mohamad berkata Umno berkorban di Sabah apabila memberikan kerusi untuk ditandingi oleh parti lain, selain berdepan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak yang tidak beliau namakan, yang dakwanya untuk melemahkan Umno.

Umno juga dimungkiri janji untuk diberikan portfolio kabinet tertentu, katanya.

“Umno tidak boleh membiarkan episod pilihan raya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’,” tambah Mohamad.

Mohamad lalu menggesa presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk “memberikan pedoman dan hala tuju jelas” kepada parti dan ahli mengenai kerjasama politik Umno.

“Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara Umno diperlakukan dalam (PRN) Sabah,” katanya.

Umno membentuk kerjasama dengan PAS sejak setahun lalu atas nama Muafakat Nasional. Dua parti itu pada Ogos lalu menjemput Bersatu pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk bersama mereka.

Umno bersama BN pula menyokong kerajaan baharu atas nama PN yang dibentuk selepas percaturan politik pada hujung Februari yang menjatuhkan Pakatan Harapan.

Mohamad juga meminta Umno melupakan episod “Langkah Sheraton” ketika ia menyokong Bersatu dan Muhyiddin untuk menyelamatkan negara.

“Episod itu telah berakhir. Episod seterusnya ialah bagaimana Umno akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain,” katanya.

Beliau berkata Umno akan dinilai oleh rakyat atas apa yang ia tawarkan untuk Malaysia dan bukan pengorbanannya untuk parti lain.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insight ada gerakan dalam parti mendesak Zahid untuk menarik balik sokongan Umno kepada kerajaan Muhyiddin.

Langkah itu mungkin akan memaksa pilihan raya diadakan lebih awal sebelum mandat berakhir pada Julai 2023, namun kata mereka, Umno bersedia dan yakin menang besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya bagaimanapun dalam satu laporan media hari ini berharap pilihan raya umum tidak diadakan dalam waktu terdekat, ketika kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat. – 1 Oktober, 2020.


TIM MAHKAMAH

UMNO PAKSA

MUHYIDIN  BUAT

JANJI

AMIN

LEPAS KAN AKU

KALAU TAK LEPAS

UMNO KACAU

 PAKSA MUHYIDIN

 BUAT PRU15

JENG JENG JENG

MUHYIDDIN KINI

BERNAFAS  

DALAM LUMPUR

KHALAS




1 ulasan:

Warga tua pesara Kerajaan berkata...

UMNO menang PRN Sabah akibatnya perang mulut dengan Bersatu.
UMNO kalau kalah PRN Sabah akibatnya perang dengan parang dengan Bersatu.