Rabu, 25 November 2020

PAS MASUK TIBAI MUHYIDDIN

 


 BRO 

LU JANGAN INGAT

PARTI ISLAM

KERJA KERANA

ALLAH

KAH KAH KAH

WOIT

KERANA NAK

DAPAT JADI 

MENTERI

KAH KAH KAH

BUKAN NAK BUAT

AMAL JARIAH

KAH KAH KAH

NAK BUAT HARTA

NAK JADI KAYA

NAK BERBINI BANYAK

KAH KAH KAH

INILAH NAMA

PARTI ISLAM

KAH KAH KAH


PAS dilayan lebih tidak adil berbanding Umno, kata ahli Parlimen

PAS dilayan lebih tidak adil dari segi politik dan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbanding Umno, kata seorang ahli Parlimen parti Islam itu, Ahmad Fadli Shaari.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata perkara tersebut bagaimanapun tidak menjadi keutamaan dalam kerjasama politiknya sekarang dalam PN dan juga Muafakat Nasional (MN).

Beliau menjelaskan, PAS tidak mempunyai ramai menteri dalam kabinet berbanding Umno malah tidak bertanding sebarang kerusi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Umno sendiri mempunyai menteri kanan dan beberapa menteri dalam kabinet, PAS sendiri tidak ramai menteri, lebih ramai Umno.

“Di Sabah, PAS tiada kerusi. Kalau dikira sudut layanan, saya fikir PAS paling tidak puas hati,” katanya dalam satu temubual bersama penganalisis ekonomi, Dr Muhammad Abdul Khalid.

Temubual yang disiarkan secara langsung di Facebook itu semalam berkisar mengenai Belanjawan 2021 dan turut menyentuh mengenai sikap PAS dalam kerjasama gabungan parti kerajaan.

Isu berkenaan menjadi perhatian kerana pendirian PAS akan menunjukkan sama ada parti itu hanya akan bertanding bersama Umno dalam MN atau turut bersama Bersatu dalam PN.

Lebih-lebih lagi apabila Umno sedang mengancam untuk menarik sokongan ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bertanding dengan platform Barisan Nasional (BN) dan MN.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata isu layanan diterima parti itu diketepikan terlebih dahulu kerana mengambil kira isu wabak Covid-19 dan memastikan Belanjawan 2021 dapat diluluskan.

“Kita lupakan persoalan layanan politik.

“Kalau semua degil, yang ini tak sokong bajet, yang ini nak ubah apa-apa dalam bajet, saya bimbang kita akan lihat perkembangan yang sangat tidak diingini,” jelasnya.

Beliau turut mengakui, PRN Sabah yang diadakan September lalu merupakan punca kepada peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara.

“Kesilapan percaturan politik PRN Sabah menyebbakan kes Covid-19 meningkat.

“Saya tak boleh bayangkan kalau berlaku pilihan raya umum dalam situasi seperti Sabah, sudah tentu kes Covid-19 akan melonjak lebih tinggi,” katanya.

Oleh itu Belanjawan 2021 perlu diluluskan di Parlimen untuk membolehkan usaha menangani pandemik itu dapat dibiaya, tegasnya.

“Saya bimbang jika bajet ini tak dapat diluluskan di Parlimen, maka kita nampak perkembangan yang tak pernah berlaku dalam negara kita.

“Saya kira Belanjawan 2021 kena lulus. Kerajaan juga kena mendengar idea dan hujah daripada ahli-ahli parlimen yang ada,” tambah beliau.

PAS tidak bertanding di sebarang kerusi semasa pilihan raya negeri Sabah, yang menimbulkan kemarahan pemimpin akar umbi seperti yang disuarakan dalam muktamar parti itu September lalu.

Parti berkenaan bagaimanapun tetap menggerakkan jentera untuk menyokong parti komponen BN dan PN dalam PRN tersebut.

Para pemimpin PAS pada waktu itu menjelaskan tindakan itu antara lain bagi memelihara permuafakatan terjalin dan mengambil kira implikasi politik pada masa akan datang.

Pemimpin Umno yang giat menekan Muhyiddin pada waktu ini pula antara lain mendakwa parti itu tidak menerima layanan adil dalam agihan jawatan Kabinet dan juga dalam PRN Sabah.

Dakwaan itu ditolak Setiausaha Agung BN, Annuar Musa yang menganggap dakwaan Umno dilayan tidak adil sebagai rekaan semata-mata.

Katanya tidak timbul isu pemimpin Umno tersisih kerana parti itu sudahpun menguasai 11 kedudukan dalam Kabinet PN.

Pemimpin Umno juga tidak senang kerana Bersatu menguasai banyak jawatan walaupun parti itu terdiri daripada ahli Parlimen yang belot daripada parti mereka.

Para penganalisis pula melihat, ahli Parlimen berkenaan meninggalkan Umno kerana mahu mengelak daripada terkait dengan ahli politik yang kini berdepan perbicaraan atas pelbagai tuduhan salah laku dan penyelewengan. – 24 November, 2020.


 TEKAN

JANGAN 

TAK TEKAN

KAH KAH KAH

PUTAR 

JANGAN 

TAK PUTAR

KAH KAH KAH

CARI AYAT

CARI HADIS

MESTI ADA

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: