Selasa, 15 Disember 2020

KOBID MASIH MENGGANAS

 


AWAS


HATI


HATI 


Malaysia catat 1,772

 kes baharu Covid-19

MALAYSIA hari ini merekodkan 1,772 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes 86,618 dan menghampiri jumlah kes di China, yang merupakan pusat penularan wabak dengan jumlah penduduk 40 kali ganda.

Jumlah kumulatif kes di China kini adalah 86,758, hanya lebih 140 berbanding jumlah kes di Malaysia. 

Jumlah terbanyak kes hari ini adalah dari Kuala Lumpur, kebanyakannya dari kluster pembinaan Damanlela, diikuti Selangor dan Sabah. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pembinaan Damanlela menyumbang 567 kes daripada 696 kes di Kuala Lumpur. 

“Jumlah kedua tertinggi adalah Selangor dengan 503 kes, diikuti Sabah 260 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tiga kematian turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu 422. 

Kesemua kes kematian adalah di Sabah melibatkan mangsa berusia 45,75 dan 88 yang mana semua mereka mempunyai penyakit kronik.

Manakala 1,084 kes pulih direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 71,681.

Daripada kes lain, Dr Noor Hisham berkata 120 adalah daripada kuster penjara melibatkan kluster Tembok (99), Penjara Jalan Harapan (15), dan Bakti (6).

Manakala daripada 14,515 kes aktif, 118 dirawat di unit rawatan rapi dan 56 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Terdahulu hari ini, veteran DAP Lim Kit Siang berkata Malaysia akan mengatasi kedudukan China dengan lebih banyak kes terkumpul Covid-19 direkodkan tidak lama lagi. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/290034

Beliau berkata jumlah kes yang tinggi juga adalah kegagalan Putrajaya dalam mengguna pakai pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19 ini. – 15 Disember, 2020.



KITA

JAGA

KITA

Tiada ulasan: