Ahad, 27 Disember 2020

BERITA BAIK SAMPAI



TAHNIAH

BAHAGIAN DEPAN

MELAWAN KOBID

BERKORBAN

UNTUK

ORANG RAMIAN

AMIN


Lebih 30,000 pesakit Covid-19 sembuh di Sabah

SERAMAI 33,571 pesakit Covid-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

Masidi yang merupakan jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata 214 pesakit sembuh hari ini berbanding 239 direkodkan semalam.

“Sebanyak 1,553 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 567 di hospital dan 986 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah. Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi ialah 57 orang dan 18 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata 248 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,640 kes.

Beliau berkata 169 kes atau 68.1% kes positif baharu direkodkan itu berpunca daripada saringan kontak rapat; saringan bergejala 37 kes (14.9%) saringan kluster-kluster sedia ada 26 kes (10.5%) dan 16 kes (6.5%) lain-lain kategori.

“Tambunan kini bertukar daripada zon kuning kepada zon hijau sekali gus menyaksikan dua zon hijau direkodkan di Sabah termasuk Nabawan,” katanya dan menambah, kerajaan Sabah setakat ini telah mengagihkan 303,992 bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh daerah. – Bernama, 26 Disember, 2020.


DOKTOR MISI

JURURAWAT

JURU UBAT

HOSPITAL

TUKANG SAPU

TUKANG MASAK

SALUT UNTUK

SEMUA

AMIN 

KITA JAGA KITA



Tiada ulasan: