Jumaat, 11 Disember 2020

BERKHALWAT HARI KE 269

 




KHALWAT KE 269 

JUMAAT 11/12/2020

KITA MASUK KE HARI 269 
BERKHALWAT

TAK LAMA LAGI
HARI JADI NABI ISA
KEMUDIAN DATANG
2021

BAYANGKAN KALAU
ANWAR IBRAHIM SABAR
SEKARANG DIA DAH
JADI PERDANA MENTERI
TAPI KERANA GOPOH
TAK SABAR SEMUA TERBARAI

BUKAN SAJE TERBARAI
TAPI BAWA MASAALAH BESAR
PADA NEGARA
YANG SEDANG DI SERANG KOBID

KERAJAAN MUHYIDDIN JUGA
TAK STABIL
MAKA TIDAK DAPAT TIDAK
MANDAT BARU DIPERLUKAN

MAKA PRU15
AKAN DIADAKAN
BILA?
MUNGKIN SEBELUM
BULAN PUASA TAHUN DEPAN
AMIN

PAGI INI HOKKIEN CERAH
KUALA LUMPUR
JEREBU NIPIS
MATA HARI DAH KELUAR

SIMPONI CENGEKRIK 
SAMBUT GUA

DI PINTU MASUK
DARI ATAS  BUKIT
JANTAN BERKOKOK KUAT NYARING
DARI GAUNG YANG JAUH
SATU LAGI JANTAN MENJAWAB

DALAM HOKKIEN
GUA RASA BANYAK AYAM DENAK
SESEKALI GUA BERNASIB BAIK
GUA NAMPAK JANTAN
KACAK GAGAH BERWARNA WARNI
SI PEREMPUAN BORING
BULU MACAM DAUN KAYU

BRO
BANYAK MASAALH KITA
DALAM DUNIA INI
TERJADI KERANA DUA PEKARA
PERTAMA:
 KITA MEMBUAT TANPA BERFIKIR
KEDUA : 
KITA BERFIKIR TAPI TAK BUAT

BRO
TERBANG TERBANGLAH
SAPERTI BURUNG
JANGAN TERPENJARA
DALAM SANGKAR

BERI PENGHORMATAN
PADA  YANG BERHAK
BUKAN
PADA YANG MEMINTA

BRO
HIDUP INI MACAM BUKU
ADA BABAK GUMBIRA
ADA BABAK  SEDIH
ADA BABAK SUSAH
TAPI KALAU TAK BUKA
MUKA SURAT
KITA TAK TAHU APA
BABAK SATERUSNYA

SATU MASA NANTI
KITA LIHAT KE BELAKANG
BARU KITA SEDAR 
DULU  KITA PIKIR
 BANYAK SANGAT
PADA HAL PEKARA ITU
TAK PENTING

PENGETAHUAN IALAH
TAHU APA NAK ROYAK
BIJAKSANA IALAH
TAHU NAK ROYAK
ATAU TAK NAK ROYAK

BRO
KITA HANYA ADA DUA PILIHAN
BUAT PERUBAHAN
ATAU
CARI HELAH

BRO
LU GAGAH 
KERANA LU TAU
 APA YANG LU LEMAH
LU BIJAK
KERANA LU TAHU
APA YANG SILAP
LU BOLEH KETAWA
KERANA LU TAU
APA ITI SEDIH

BRO
KITA LEBIH GAGAH
KALAU KITA JATUH
KEMUDIAN KITA BANGUN
DARI MAMAT
YANG TAK PERNAH JATUH

JIKA KITA BERSAING
DENGAN ORANG LIAN
KIA AKAN JADI MASAM
JIKA KITA BERSAING
DENGAN DIRI SENDIRI
KITA AKAN JADI MANIS

AIR LALU CELAH BATU
BUKAN KERANA AIR KUAT
TAPI KERANA
TEKUN BUAT KERJA
TAK HENTI HENTI

BRO 
DI BELAKANG SOSOK
 YANG BERJAYA
ADA BERTAHUN TAHUN
DIA GAGAL

BRO
JANGAN NILAI
HIDUP KITA DENGAN KELMARIN
KITA DAH TAK TINGGAL 
DI KELMARIN  LAGI

BRO
JANGAN TAKUT
UNTUK KITA JADI KITA
INI HIDUP KITA
INI MILIK KITA

RAMAI TAK FAHAM
KENAPA KITA LALUI
JALAN HIDUP KITA MACAM INI
JANGAN PEDULI
IANYA BUKAN UNTUK MEREKA

BRO
GAGAL BUKAN TIDAK BERJAYA
GAGAL IALAH SEBAHAGIAN
DARI KEJAYAAN
AMIN

LAKUKAN HARI INI
MASANYA SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan: