Jumaat, 22 Januari 2021

APA TERJADI PADA ZAHID

 

ZAHID KENA

KENCING 

PAK SHEIKH

AMIN

MAKIN RAMAI

MAHU ZAHID UNDUR

KAH KAH KAH

SEMUA NAK

JADI PANGLIMA

KAH KAH KAH

KERANA ZAHID

DAH PATAH KAKI

KAH KAH KAH



Umno Bahagian Paya Besar desak Zahid berundur

UMNO Bahagian Paya Besar mahu presiden parti Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana gagal memimpin parti ke arah lebih jelas yang menyebabkan krisis dalaman.

Ketua Bahagian Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, Zahid gagal menyelesaikan masalah dalaman parti itu sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 yang menyebabkan hilangnya kepercayaan orang Melayu.

“Tindak-tanduk ahli MKT dan ahli Parlimen yang tidak terarah, mendedahkan Umno kepada kehilangan kepercayaan orang Melayu.

“Arah tuju yang tidak jelas berserta lemah ketegasan membawa kepada kesan meluntur daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli Umno,” kata Ahmad Tajuddin dalam satu kenyataan dengan kepala surat bahagian itu.

Tajuddin merupakan ketua Umno Bahagian pertama menggesa Zahid melepaskan jawatan, walaupun terdapat beberapa pemimpin muda akar umbi Umno membuat gesaan serupa baru-baru ini.

Paya Besar, di Kuantan, Pahang, adalah kawasan Parlimen Mohd Shahar Abdullah yang juga kini timbalan menteri kewangan II.

Gesaan agar Zahid berundur dibuat susulan Umno berpecah tiga di antara puak yang mahu terus bersama kerajaan Perikatan Nasional; mahu menjatuhkan kerajaan dipimpin Bersatu; dan ingin bekerjasama dengan membentuk kerajaan baharu dengan DAP serta pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim.

Seruan seperti itu juga dibuat ketika Umno berdepan pemilihan parti tahun ini, pada tarikh yang belum ditentukan.

Perhimpunan agung tahunan parti yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19. – 22 Januari, 2021.


AKHIRANYA

ZAHID AKAN UNDUR

AMIN

BUKAN KERANA

DESAKAN TAPI

KEPUTUSAN

MAKAMAH

KHALAS

SEMUA AKAN

KLIM KREDIT

KAH KAH KAH 

INI NAMANYA

 BUDAYA  PARTI

KETUANAN MELAYU 

BILA TAKDA KUASA

 TAK DIANGKAT

JADI TUAN LAGI

KHALAS



Tiada ulasan: