Sabtu, 30 Januari 2021

INI AJENDA UTAMA

 


INI AJENDA UTAMA

BUKAN AJENDA

GILA NAK JADI PM

AMIN



Tangani isu alam, keselamatan makanan, kata pakar ekonomi

ISU kemusnahan alam sekitar akibat pertanian dan perladangan berlarutan sejak sekian lama kerana kerajaan tidak menanganinya dengan kaedah menyeluruh, kata pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.

Katanya, aktiviti pencerobohan alam sekitar yang tidak terkawal mengancam kehidupan manusia yang kini semakin sukar mendapatkan makanan berzat.

“Di Malaysia tiada pendekatan menyeluruh yang memikirkan soal perladangan dan perhutanan dan alam sekitar dan pentingnya untuk kehidupan manusia dari semua segi.

“Hampir semua sungai tak jernih lagi. Ini sungguh malang. Pembalakan di Malaysia sudah melampau.

“Saya tidak berani nyatakan dasar sesuai memandangkan dalam keadaan tertentu kedua-dua itu untuk tanam tanaman lain seperti kelapa sawit (yang) juga bukan satu alternatif,” katanya.

Oleh itu, satu alternatif baharu perlu diketengahkan secara menyeluruh, kata pengkaji di Institute of Strategic and International Studies itu.

Jelasnya, makanan yang diperolehi semakin kurang bernutrisi walaupun jangka hayat penduduk Malaysia meningkat kepada kira-kira 76 tahun, berbanding 61 tahun sekitar 50 tahun lalu.

“(Dalam tempoh hayat) hampir 10 tahun terakhir itu dijangka orang ramai akan terus hidup tapi bukan dalam keadaan sihat.

“Kita dapati ia kerana walaupun dapat cukup makan, cukup nasi tapi makanan mereka kekurangan zat, vitamin dan mineral,” kata Jomo lagi.

Malah, sebahagian besar penyakit yang dihidapi rakyat Malaysia juga katanya berkait rapat dengn kurangnya nutrisi dalam makanan mereka.

“Dalam 60 tahun kebelakangan ini cara hidup rakyat kita berubah sehinggakan petani pun tak cukup makan makanan yang seimbang,” kata Jomo lagi.

Beliau berkata demikian dalam seminar dalam talian membincangkan filem dokumentari “Petani bukan Pemalas” pada malam tadi.

Kekurangan tumpuan ke atas jaminan keselamatan makanan itu diakui pengarah filem tersebut Nur Fitri Amir Muhammad yang juga penggerak NGO berkaitan hak petani.

Koordinator Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue) itu berkata jaminan keselamatan makanan itu amat berkait rapat dengan hak petani.

“Bagaimana nak bela jaminan keselamatan makanan kalau petani kita pun kita tak bela. Untuk tambah pendapatan mereka terpaksa buat dua hingga tiga kerja,” katanya.

Oleh itu, kerajaan harus meneliti semula sistem sedia ada kerana amalan pada waktu ini menyekat inovasi petani terutamanya golongan pesawah, katanya.

“Petani yang ingin berinovasi sukar kerana industri padi terkawal. Harganya pun terkawal. Kadang-kadang petani tiada motivasi untuk buat lebih.

“Memang petani sifatnya tanggung risiko. Jika harga baik hasil bagus mereka untung.

“Tetapi kalau mereka buat hasil lebih kilang pula hanya akan bagi harga pukul rata kerana terkait dengan pasaran beras,” katanya lagi.

Namun, sejak sekian lama sektor pertanian tidak banyak berubah dan petani masih ditakuk lama, katanya.

“Seolah-olah tiada perubahan kepada petani dari segi kehidupan mereka dan mereka dituduh tiada motivasi, pemalas,” katanya yang menjelaskan gelaran ini menyakiti hati petani.

Antara inovasi disokong Padi Rescue, seperti dipaparkan dalam filem Petani Bukan Pemalas ialah hak pesawah menggunakan benih padi yang disediakan sendiri.

Filem tersebut menjelaskan benih yang diusahakan sendiri tersebut lebih bermutu, berbeza dengan benih mudah rosak yang diwajibkan kerajaan.

Benih padi tersebut memastikan tuaian yang baik dan memastikan petani tidak dijerat hutang apabila tidak lagi perlu bergantung kepada benih daripada rangkaian pengedar.

Menurut pesawah ini, isu tuaian dan beban hutang itu menjerat mereka sejak sedekad lalu apabila kerajaan mula mewajibkan benih dari skim yang diperkenal pada 2009. – 30 Januari, 2021.


BUKAN GILA

DENGAN NUMBO

AMIN

BUKAN GILA

I GOT THE NUMBO 

AMIN




2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kata2 Pak Jomo Sang Pakar Konon2 ini gwa dah dengar sejak 1980an lagi ..ayat2 dia tentang alam sekitaran masih sama nada nye G major7 ..adoi ..gwa rasa dah sampai masa nye kita cari pakar yang bukan robot ..

alfaberlian berkata...

“Petani bukan Pemalas”
Di melaysia
Cakap pung pang pung pang tapi tiada penyelesaian dan cadangan sama juga yg cakap i got the number, saya ada penyelesaian kes kobid tapi tunggu bila saya jadi PM saya umum kan
Harkk... Ptui...