Khamis, 21 Januari 2021

KIAT SEMUA MERASA TEKANAN ITU

 


KITA SEMUA

DALAM 

SATU KAPAL

AMIN

KITA SESAMA

MERASAKAN  TEKANAN 

MIN

MARI SESAMA

KITA TOLONG KITA 

AMIN




Kesihatan mental lebih parah jika PKP, darurat berpanjangan, kata pakar

KESIHATAN mental rakyat Malaysia akan terkesan lebih teruk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Darurat yang dilaksanakan untuk membendung penularan Covid-19, kata pakar kesihatan.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight ketidakpastian mengenai pengekangan pandemik dan juga tempoh PKP akan menekan kesejahteraan rakyat.

Tambah mereka, dengan keadaan darurat yang berlaku juga rakyat Malaysia memerlukan kestabilan, keselamatan dan sokongan emosi supaya dapat mengatasi kerisauan dan tekanan ini.

Kee Joey, pengasas Ripple Community, platform kesihatan mental, berkata kerajaan harus menyampaikan maklumat tepat mengenai penularan dan sifat Covid-19.

Ahli psikologi klinikal memberitahu The Malaysian Insight, maklumat yang tepat akan meningkatkan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan mengurangkan rasa panik di kalangan masyarakat.

“Kami perhatikan ramai tidak patuh SOP ketat sehingga berlakunya peningkatan kes baru-baru ini.

“Saya percaya bahawa keletihan mental kita berkait dengan ‘amaran penat’ dan sikap tidak peduli,” kata Kee.

Para profesional kesihatan mental juga berkata jumlah pesakit yang mengalami kegelisahan dan kemurungan meningkat secara dramatik dan tidak akan berhenti selagi PKP dilaksanakan.

“Kami sangat perlukan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang kesihatan mental segera.

“Juga, sangat penting mencegah keletihan dan penat lelah pekerja kesihatan,” kata Kee.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) Dr Andrew Mohanraj sementara itu berkata kerajaan boleh membantu kumpulan sivil kesihatan mental dengan mengikut tuntutan mereka mengalihkan beban itu daripada sektor formal.

“Peningkatan akses perkhidmatan kesihatan mental termasuk perkhidmatan kaunseling dalam talian dan telefon akan banyak membantu.

“Kerajaan juga dapat membantu dengan mendidik rakyat tentang kesihatan mental,” katanya.

Lum Khay Xian, ahli psikologi klinikal dari kumpulan pendidikan kesihatan mental, Relate Malaysia, berkata kesan kesihatan mental akan agak teruk dengan ketidakpastian berapa lama lagi PKP akan dikenakan.

“Sebagai contoh, kerajaan boleh memberitahu rakyat Malaysia tentang plan jangka masa panjang untuk mengawal Covid-19 dan dengan itu dapat mengurangkan tekanan rakyat,” katanya.

Mengawal pilu

Lum turut menasihati orang ramai untuk sentiasa sedia maklum dengan perkembangan Covid-19 sekali sehari, namun janganlah terlalu banyak.

“Patuhi SOP, buat rutin harian, ingatkan diri anda semua orang dalam situasi yang asing dengan sumber terhad.

“Kenal pasti dan terima perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal,” kata Lum.

Pesakit yang positif Covid-19 mungkin mengalami rasa bersalah dan takut akan keadaan kesihatan mereka dan bimbang tentang orang sekeliling, tambahnya.

“Mungkin ada peningkatan orang yang berhadapan dengan pemergian orang tersayang akibat Covid-19, hal yang sangat menyedihkan.”

Sepanjang pandemik ini, sukar untuk menghilangkan duka, kata para pakar itu lagi.

“Terutamanya, dengan cara kita meratapi kesedihan. Mengadakan majlis pengebumian tradisional pada ketika ini telah berubah sama sekali,” kata Lum dan mengesyorkan cara baru.

“Hasilkan warkah memori secara virtual, blog, atau laman web untuk mengingati orang yang anda sayang, dan minta keluarga dan rakan untuk menyumbangkan kenangan dan kisah mereka.

“Jemput orang hubungi anda atau buat panggilan beramai-ramai dengan ahli keluarga dan rakan untuk kekalkan perhubungan,” kata Lum.

Dr Andrew dari MMHA berkata penting untuk mengenal pasti sempadan halus ketika pandemik ini.

“Kita boleh bersyukur kerana keadaan tidak seburuk negara lain,” katanya. – 21 Januari, 2021.

 

PELAYARAN

MASIH JAUH

PANTAI BELUM

KELIHATAN

AMIN 




Tiada ulasan: