Khamis, 21 Januari 2021

MEK DAN AWANG SUKA AIR PILI KARAT

 


 INILAH CONTOH

PEMIMPIN ISLAM

JUJUR WARAK

BERKATA BENAR

AMIN

PEMIMPIN INI SEDAR

TAHU RASA HATI 

RAKYAT

AMIN

PEMIMPIN BERJIWA

 RAKYAT 

TAK PAKAI VELLFIRE  PEMIMPIN NAIK UNTA

AMIN 


Kelantan mundur tapi rakyat senang, kata presiden PAS

KELANTAN mundur bukan kerana kerana kegagalan pentadbiran barisan ulamak tetapi kerana konsep federalisme yang tidak dihormati oleh kerajaan terdahulu, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Tambahnya rakyat negeri itu juga hidup senang biarpun kemajuan tidak setanding negeri lain, katanya dalam satu forum yang disiarkan dalam talian hari ini.

“Perlu diketahui perbezaan negeri sebab konsep federalisme tidak dihormati. Namun kita memerintah Kelantan kerana intergriti yang kita tunjukkan.

“Kita berjaya mendidik rakyat terutama dalam pendidikan di Kelantan kita sangat berjaya sebab itu di universiti anak Kelantan paling ramai.

“Kita llihat orang Kelantan bekerja di Singapura, Kuala Lumpur. Kegiatan ekonomi (negeri itu disumbang) banyak dari orang Kelantan dan bawa balik (hasil) ke negeri mereka,” katanya.

Tambahnya keadaan itu juga yang menyebabkan rakyat negeri itu terus mempertahankan pentadbiran negeri tersebut.

“(Di) Kelantan walau ekonominya berbeza tapi rakyat senang biasanya kerajaan senang rakyat susah tapi ini rakyat senang kerajaan susah.

“Bila rakyat senang akan ada kefahaman mempertahankan negeri itu,” katanya dalam forum Minda Profesor Negara - Siri Bicara Negarawan.

Pada masa sama Hadi memberi jaminan bahawa PAS yang kini menjadi sebahagian dari kerajaan pusat akan dapat menberi perubahan kepada Kelantan.

“Dengan perubahan yang berlaku insya Allah akan berlaku keadaan positif,” katanya.

PAS berjaya mengambil alih pemerintahan Barisan Nasional di Kelantan semasa Pilihan Raya Umum ke-8 dan terus mengekalkan kedudukannya.

Kelantan masih menjadi negeri termiskin di semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas Sabah serta Sarawak.

Statistik dalam pengkalan data e-Kasih sehingga Jun 2019 menunjukkan Kelantan mempunyai 6,218 orang miskin tegar, manakala 31,217 lagi tergolong dalam kategori miskin. – 19 Januari, 2021.

 DALAM DUNIA INI

HANYA ORANG 

KELANTAN

AMAT  HEBAT

AMIN

MEK AWANG

SUKA AIR 

PAIP KARAT

AMIN

SUKA RUMAH

HAPRAK DIPUKUL

BANJIR TIAP TAHUN

AMIN

NANTI DALAM KUBUR

AKAN DAPAT AIR 

SUNGAI MENGALIR

BERSIH

AMIN

 

Tiada ulasan: