Jumaat, 15 Januari 2021

ZAHID DIUNDURKAN

 

BILA KAYU

DAH CONDONG

BUKAN SAJA KEKURA

DATANG PANJAT

KAH KAH KAH

MAT BANGLA PUN 

BERANI 

TABUR BERAK

KAH KAH KAH

Berundurlah dengan rasa hormat, kata ketua Pemuda Umno Pontian kepada Zahid

SEORANG pemimpin sayap Pemuda Umno bahagian di Johor mencadangkan agar Presiden Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada memimpin parti “dengan rasa hormat”, ketika parti itu terus terbelit belenggu hala tuju masa depan yang tidak jelas.

Ketua Pemuda Umno Pontian Mohd Helmi Buang berkata langkah sama perlu diambil oleh pemimpin Umno lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan tinggi supaya generasi baharu boleh menggalas tugas menerajui parti.

“Tindakan ini amat penting agar generasi baharu terus sa­yang dan menghormati parti keramat ini.

“Berundur tidak bermakna mengalah. Beliau (Zahid) boleh membantu parti dari luar bagi memastikan semangat juang generasi baharu tidak pudar,” katanya, seperti dipetik Utusan Malaysia.

Kepimpinan Zahid sebelum ini pernah dikritik oleh pemimpin dan ahli akar umbi sehingga membawa kepada tindakannya bercuti selama lebih kurang enam bulan daripada jawatan presiden.

Zahid memimpin Umno selepas menang pemilihan parti pada akhir Jun 2018.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga kini berdepan berpuluh-puluh tuduhan jenayah di mahkamah melibatkan kesalahan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah.

Laporan Utusan Malaysia juga menyebut tindakan Zahid berundur akan “dilihat amat tepat”, ketika beliau didakwa menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu bersama DAP.

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa baru-baru ini mendedahkan surat sokongan Zahid kepada Anwar, yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong – yang tersebar pada pertengahan Oktober lalu – bukan surat palsu.

Annuar juga mendedahkan ada pemimpin Umno yang berunding untuk membentuk kerjasama politik dengan musuh tradisinya DAP. Pendedahan beliau menunjukkan ada percanggahan antara tindakan pemimpin parti dengan ketetapan parti untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Annuar mendedahkan perkara itu selepas beliau dipecat daripada jawatannya. Jawatan setiausaha agung BN kini dipegang oleh Ahmad Maslan, yang juga setiausaha agung Umno.

Semalam, Annuar menggesa Umno supaya lebih terbuka mendengar dan menerima kritikan.

Beliau membuat gesaan itu ketika ada suara dalam Umno yang marah dengan tulisan Pengerusi Majlis Profesor Negara Profesor Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin bertajuk “Umno lemas di kolam yang cetek”, yang tersiar di Sinar Harian pada Rabu. – 15 Januari, 2021. 

GEROMBOLAN 

MAKIN PARAH 

GADUH 

SAMA  SENDIRI

AMIN

INI BERITA BAIK

UNTUK MASA

DEPAN NEGARA

AMIN

TAPI AWAS

GEROMBOLAN

BOLEH BUAT KACAU

AMIN




2 ulasan:

Awanama berkata...

Didalam peperangan atau perancangan project tidak kira apa sekali pun untuk mematahkan atau purge pergerakan atau pelaksanaan musuh adalah........memutuskan 'supply line' atau 'lifeline'.

What exactly is that you asked?

Di medan perang troopers dan brigade apa pun engineers atau artillery akan memerlukan support supply line seperti perkakasan, spare parts components, weaponry and ammunitions dan yang paling utama adalah ubatan dan makanan dimana askar askar sehebat mana pun akan hilang daya tenaga dan fikiran tanpa ayer dan makanan (causing hallucination ie. seeing a mirage).

So ada apa kena mengena dengan tajuk ini anda soal?

Well, andai dari kemenangan GE14 UMNO dah diharamkan setelah Zahid datang berjumpa Tun M ketika PM7 dan di hancurkan saluran kewangan (bukan acah acah jer) maka UMNO akan jadi UMNO3 setelah diharamkan dan gerombolan di terajangkan secara keras....and it all can be RESTARTED/REBOOT FRESH....but now it is so messy that shits hit the fan everybody got hit!

Tapi gua caya OT95 tuh masih bergeliga the brain function just as a 59 years old would and he will come up with something. He will not stop unless he is 6 feet under...salute pada Tun M.

Syed Alwi Aljufri berkata...

Nak berundur macam mana kes-kes mahkamah bertepek-tepek ‼️ Muka Wak Jahit dah hilang seri semenjak akhir-akhir ini,,maklum saja banyak fikiran ‼️ Khalas