Ahad, 14 Februari 2021

MEMANCING PANCING



 

ZAHID PANCING

IKAN KIRA OK

KAH KAH KAH

DIA TAK PANCING

ANAK IKAN

KAH KAH KAH

'Saya hanya pancing ikan, 

tak pancing orang guna wang'

Mengulas kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) yang membenarkan aktiviti rekreasi memancing, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi  berkata dia hanya memancing ikan dan tidak memancing orang menggunakan wang.

"Mungkin ramai tidak tahu, saya juga seorang kaki pancing dan saya mengesahkan saya cuma pancing ikan.

"Saya tidak pancing orang. Pancing ikan guna umpan. Pancing orang guna wang. Tak bagus," tulis Ahmad Zahid dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kenyataan itu hadir ketika hubungan Umno dan Bersatu dilihat keruh.

Pada 4 Feb lalu, Zahid yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk mendakwa dia dan beberapa ahli Parlimen Umno yang lain hanya mendapat peruntukan RM100,000 bagi kawasannya, sama seperti wakil rakyat pembangkang.

Presiden Umno itu berkata, kawasan Parlimennya hanya mendapat RM100,000 setahun untuk 2021, berbeza dengan ahli parlimen lain dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendapat RM3.7 juta setahun.

Beliau mendakwa Ahli Parlimen Umno lain yang senasib dengannya ialah Ahmad Maslan (Pontian), Najib Razak (Pekan), Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

“Alhamdulillah dapat RM100,000, cukuplah untuk bahagian Bagan Datuk, bahagian paling mundur di Perak," kata Ahmad Zahid seperti dilaporkan media.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata "kaki pancing" pasti bersyukur dengan prosedur operasi standard (SOP) baru dikeluarkan kerajaan membenarkan aktiviti memancing.

"Seronok betul kaki pancing apabila kerajaan umum aktiviti memancing dibenarkan bermula semalam.

"Dalam tidak sedar memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental.

"Memancing mampu merendahkan tahap stres dan menjadikan seseorang makin cergas," katanya lagi.

SAPA PAKAI

UMPAN DUIT

KAH KAH KAH

WOIT

JANGAN PAKAI

UMPAN TOK HENG

KESIAN DIA

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Arymanchino berkata...

Woi Wak Jahid.Engkau memang xpancing pakai duit tp kau pasang lukah kaut duit utk diri kau dan keluarga.Impot Bangla,pah tu sapu duit ratus juta.Buat muka toya.Haramjadah,muka kau ni patut humban dlm penjara cepat..

panglimo potaseh berkata...

Zahid Totok guna umpan bawak masuk 1.6juta ekor Bangla dgn hasil tangkapan biliyun2 masuk kochek sendiri ..tu sebab Bagan Datok jadi paling mundor .. phuiee