Isnin, 5 April 2021

BANGGA DENGAN SPRM


 

ORANG RAMAI

WAJIB BANGGA

DENGAN SPRM

KHALAS



SPRM lumpuh sindiket monopoli 345 projek bernilai RM3.8 bilion

SATU sindiket yang memonopoli 345 tender projek kerajaan dengan nilai RM3.8 bilion lumpuh dengan penahan tujuh orang pada malam tadi, menurut agensi antirasuah.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebut, ia melibatkan 150 buah syarikat dikawal sindiket yang menyertai tender pelbagai kementerian dan agensi sejak 2014.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight, sindiket itu lumpuh dengan penahanan tujuh orang termasuk seorang ketua sindiket berusia 47 tahun yang dicekup malam tadi di Lembah Klang.

“Ketua sindiket tersebut mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memohon tender atau sebutharga di kementerian dan agensi yang terlibat.

“Suspek juga dikatakan mewujudkan 150 syarikat yang berbeza dengan menggajikan individu-individu sebagai pengarah syarikat yang mana sebenarnya dimiliki beliau sendiri,” katanya.

Kata sumber, tangkapan dilakukan di satu lokasi di Lembah Klang hasil intipan dan pemantauan ketika hampir keseluruhan ahli sindiket berkumpul untuk mengisi borang tender.

Sindiket itu didapati “mengepung harga” dan mensasarkan projek penyelenggaraan fasiliti dan projek pembangunan yang mendapat kerjasama individu dalam kementerian dan agensi.

Ia bagi memastikan syarikat di bawah kawalan individu terbabit dibenarkan mengemuka sebut harga bagi menyertai tender dan memastikan salah satu daripada syarikat tersebut berjaya,

Sindiket tersebut didapati membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan dan jumlah penyertaan syarikat.

Dengan itu juga, sindiket terbabit juga mendapat maklumat kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender atau sebut harga, kata sumber.

“Taktik mengepung harga iaitu dengan menyertai sesuatu tender dengan menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalan ketua sindiket.

“Syarikat-syarikat terbabit akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza-beza berdasarkan harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Risikan juga mendapati, sindiket membuka pelbagai syarikat naungan dengan menggunakan nama beratus-ratus individu.

“... Setiap individu akan dibayar gaji bulan dan komisyen sebagai imbuhan bagi penggunaan nama dan butir-butir peribadi,” katanya.

Sumber berkata, SPRM percaya butir kelayakan akademik dan kelayakan profesional bagi kebanyakan penama yang digunakan untuk menubuhkan syarikat adalah palsu.

Katanya, setiap syarikat juga dikatakan menggunakan penyata kewangan palsu untuk melayakkan mereka memasuki tender berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 17 dan 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Saya tidak menolak lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya yang menambah, semua suspek direman enam hari sehingga 10 April.

SPRM berjaya mendapat perintah tahan reman tersebut daripada Majistret Shah Wira Abdul Halim, katanya. – 5 April, 2021.

SPRM GERAK

CERGAS

AMIN

KETUA POLIS

ANTI RASUAH

AMIN

DUA NILAI

MENUJU NEGARA

BERTAMADUN 

AMIN

YANG MASIH

PUKEE MAK IALAH 

MENTERI  & YB

AMIN



Tiada ulasan: