Isnin, 19 April 2021

PERKEMBANGAN POLITIK YG BAIK

 


ANAK SEMUA

BANGSA WAJIB

SOKONG

PERKEMBANGAN

BAIK INI

AMIN

TAHNIAH

AMIN

TAPI INI HANYA

CAKAP

AMIN

APA BUKTINYA

KHALAS



MCA, DAP yakin potensi strategi raih sokongan kaum lain

PARTI berasaskan kaum Cina, MCA dan DAP kini mengatur strategi untuk meraih sokongan kaum lain selepas sekian lama bergantung kepada sokongan kaum Cina.

Bagi mencapai tujuan kini, MCA membuka keahliannya kepada kaum lain dan mengarahkan pemimpinnya fasih dalam pelbagai bahasa.

DAP pula terus mewujudkan lebih ramai pemimpin Melayu dan meminggirkan pemimpin Cina.

Namun penganalisis menganggap kedua-dua parti berdepan cabaran sukar walaupun MCA dan DAP yakin strategi mereka itu mampu meraih sokongan bukan Cina, terutamanya orang Melayu.

Jurucakap MCA Chong Yew Chuan berkata partinya mahu menunjukkan mereka sebagai parti kepelbagaian dengan menerima ahli dari kumpulan etnik lain.

“Walaupun MCA merupakan parti berasaskan kaum Cina, tetapi ia juga menerima kehadiran kaum lain, selaras dengan dasar parti ini diwujudkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Chong percaya dengan menerima ahli bersekutu bukan Cina, rakyat akan faham bahawa MCA menerima pandangan kaum lain dan mahu membantu mereka mencapai aspirasi yang diidamkan.

Langkah ini juga katanya mampu membuatkan ahli parti berfikir daripada perspektif kaum lain.

“Apa yang perlu kami lakukan bukan hanya bercakap tentang isu etnik Cinam tetapi cara beroperasi dalam politik pelbagai kaum.

“Dengan cara ini, penyokong bukan Cina akan mempunyai platform dan ahli parti juga memperoleh perspektif dan pandangan berbeza.”

Chong berharap cara ini membolehkan masyarakat Melayu dapat menyedari dan memahami bahawa MCA bukan sebuah parti Cina semata-mata.

 Tentang pandangan pengundi Melayu terhadap MCA, Chong berkata ramai orang mempunyai pelbagai pandangan.

Katanya ada yang berfikir bahawa MCA merupakan parti cauvinis seperti DAP.

“Sudah pasti rakyat tahu kami tidak ekstrem dan boleh melayan semua etnik secara adil.”

Beliau berkata bagi memastikan pengundi Melayu memahami pendirian MCA, presiden parti Wee Ka Siong meminta calon dan pemimpin untuk fasih dalam pelbagai bahasa supaya dapat menyampaikan mesej dengan jelas.

Malah beliau juga meminta pemimpin parti mengeluarkan kenyataan dalam pelbagai bahasa.

“Kami juga ahli parti tahu bahawa kita boleh menangani isu lain selain melibatkan kaum Cina.”

Beliau berkata MCA sudah mula merekrut ahli bersekutu bukan Cina dan mungkin menggunakan kaedah sama seperti parti Islam PAS.

Ahli bersekutu ini tidak boleh terlibat dalam pemilihan parti atau memegang jawatan dalam parti.

Tetapi mereka mungkin boleh mengadakan pemilihan sendiri seperti Kongres Penyokong Bukan Islam PAS (DHPP). 

Strategi DAP

Bagi DAP, strateginya adalah mendapatkan ahli dan pemimpin Melayu yang mencukupi supaya masyarakat boleh menerima parti itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Wong Siew Ki.

Katanya apa yang berlaku sebelum ini adalah isu masyarakat Melayu sering diabaikan apabila parti itu dipimpin lebih ramai kaum Cina dan India.

Namun dengan penglibatan lebih ramai pemimpin Melayu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau merasakan parti itu mampu merentasi semua kumpulan etnik.

Beliau juga mengakui mesyuarat akan diadakan pada tengah hari Jumaat jika tidak melibatkan pemimpin Melayu.

Tetapi kini, DAP mengubah waktu bagi membolehkan pemimpin Melayu menunaikan solat Jumaat terlebih dahulu.

 Wong berkata tidak seperti DAP, MCA menggunakan pendekatan dan hala tuju parti yang mudah dalam tempoh 60 tahun lepas dengan menjadi sebagai gabungan kerajaan.

“MCA tidak berfikir untuk menmbahbaik atau membuka parti (kepada kaum lain) walaupun mereka perlu berbuat demikian.

“Bagi tempoh 55 tahun lepas, kita berusah keras (mendapatkan sokongan pengundi Melayu) tetapi MCA tidak begitu. Mereka menjadi malas dengan menikmati hasil kemenangan (BN),” katanya.

Beliau berkata pengundi Cina kini terbahagi kepada DAP dan PKR, dan peranan MCA sudah menjadi semakin kecil. – 19 April, 2021.

CAKAP AMAT

SENANG

AMIN

CAKAP TAK

BOLEH PAKAI

AMIN

BUKTIKAN

DENGAN APA 

DASAR PARTI

BILA CHINA MERAH

MULA MASUK

MENJAJAH

TANAH MELAYU

AMIN

MULA MEMBUAT

HURU HARA

 DI BUMI MELAYU

AMIN

MULA MERASUAH

PEMIMPIN MELAYU

AMIN 

MULA KLIM 

PULAU MILIK 

BUMI MELAYU

 KHALAS



Tiada ulasan: