Isnin, 10 Mei 2021

PEMIMPIN BERFIKIRAN MAJU

 

BETUL

SOKONG

AMIN

INI MUKA

CALON PM

DARI UMNO

AMIN

FIKRAH MAJU

KE DEPAN

JANGAN LIHAT

BELAKANG

AMIN

KALAU ADA DUIT

JANGAN SIMPAN 

DALAM BANTAL

ITU CARA KUNO

AMIN 


Umno mesti secocok dengan zaman, kata Tok Mat

UMNO mesti bergerak seiring dengan zaman kalau mahu umur parti itu terus panjang, kata timbalan presidennya Mohamad Hasan, menjelang sambutan ke-75 parti esok.

Tugas menjadikan Umno seiring dengan zaman pula adalah tugas semua pendukung parti, katanya.

“Ia (Umno) mesti dilihat secocok dengan zaman. Jangan terus terbuai dengan nostalgia ketinggalan zaman.

“Hentilah cerita zaman gemilang sedangkan kedudukan semasa sangat bergelora dan tidak secerah dulu,” tulisnya di Facebook dalam ucapan selamat ulang tahun kepada Umno.

Umno juga mesti digerakkan oleh pendukung yang mewakili semua generasi, tambah Mohamad.

“Perubahan generasi itu nyata dan mesti diterima. Idea dan pemikiran politik terbaik bukan lagi di ukur pada usia pengucapnya tetapi pada kualiti dan kebernasan idea tersebut,” katanya.

Beliau juga memberi pesan agar pendukung Umno ikhlas berjuang untuk menghidupkan parti, dan bukannya “mencari  penghidupan daripada Umno”.

Mohamad merakamkan penghargaan kepada semua pendukung Umno yang setia dengan parti biarpun dalam keadaan susah dan payah, selepas kalah pilihan raya umum pada Mei tiga tahun lalu.

Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di tengah kemuncak penentangan orang Melayu terhadap cadangan British untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua. – 10 Mei, 2021.

KALAU DAPAT

DUIT RASUAH

HANTAR KE LONDON

AMIN

GUNA PENGURUP

WANG

AMIN

TAK GUNA SIMPAN

BAWAH BANTAL 

DUIT 

TAKAN BERANAK

AMIN

BELI RUMAH

DI LONDON 

AMIN

INI CONTOH 

PEMIMPIN ISLAM

KETUANAN MELAYU

KURUN KE 21 

KHALAS





Tiada ulasan: