Selasa, 22 Jun 2021

MUTAHIL TAK SEDAR APA ITU FATWA

 

WOIT

JANGAN SILAP

FAHAM

AMIN

FATWA INI

BAHASA ARAB

AMIN

ERTINYA

PANDANGAN 

CADANGAN

 AMIN

S.EFFENDI PUN

 ADA KELUAR FATWA 

AMIN 

DARI DULU

SAMPAI SEKARANG

BERJUTA JUTA

RAKYAT DENGAR 

TAK HABIS HABIS

AMIN



Apa fatwa presiden PAS untuk bersama pengkhianat?

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang dalam kenyataan terbarunya pada 19 Jun 2021 lalu telah memberi amaran kepada orang muda dalam negara ini supaya tidak terpengaruh dengan Pakatan Harapan (PH) yang dilabelkan beliau sebagai ‘melampau terhadap Islam’.

Dalam kenyataan tersebut juga, beliau menyebut bahawa adalah haram untuk bersama musuh agama. Ini adalah fatwa politik terbaru Presiden PAS.

Namun, jika disorot kembali perjalanan politik Presiden PAS ini, beliau seringkali mengeluarkan fatwa politik yang berubah-ubah, flip-flop dan u-turn.

Pada 1981, beliau melabelkan Umno sebagai kafir dan haram untuk menyokong Umno. Tetapi, kini PAS bersama Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan turun berkempen menyokong calon Umno dalam beberapa pilihan raya kecil pasca PRU-14 seperti di pilihan raya kecil Slim.

Bertambah parah apabila PAS berkempen untuk MCA di pilihan raya kecil Tanjung Piai walaupun MCA kuat menentang hudud. Hudud dianggap nyawa PAS, tetapi kini dipajak kepada MCA.

PAS pernah bersama DAP membentuk kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak dan Selangor (2008-2018), namun kerana ingin bersama Umno, DAP dijadikan kambing hitam dengan dilabelkan anti-Islam. RUU355 dijadikan alat perpecahan suatu permuafakatan nasional, tetapi kini alat itu pula usang ditelan zaman.

Fatwa politik Presiden PAS untuk menubuhkan kerajaan PN adalah berasaskan kerajaan Melayu-Islam. Tetapi, di manakah Melayunya dan di manakah pula Islamnya?

Israel boleh menceroboh kedaulatan negara, RUU355 belum dibentangkan kerajaan PN, kempen Buy Muslim First (BMF) untuk menaikkan ekonomi orang Melayu Islam tidak menjadi polisi negara, aktiviti judi semakin berleluasa, kes kematian Allahyarham Adib tidak selesai, kluster kayangan mendiskriminasi rakyat marhaen, kehidupan rakyat susah sehingga masalah air di Kelantan tidak selesai, pemimpin pula bermewah dengan Mercedes, aktiviti pembalakan merosakkan alam tanpa kawalan dan banyak lagi contoh lain yang menunjukkan tiadanya roh kerajaan Melayu-Islam dalam pemerintahan negara hari ini.

Fatwa yang dinantikan rakyat adalah apa pula hukum bersama dengan mereka yang menjadi pengkhianat?

Kerajaan PN ditubuhkan atas gerakan beberapa bekas pemimpin PH yang khianat dan keluar parti dan bersekongkol dengan Umno, BN dan PAS menubuhkan kerajaan PN. Tanpa PAS, tidak mungkin PH jatuh dan kerajaan PN ditubuhkan.

Pengkhianatan ini adalah satu malapetaka besar kepada politik negara kerana ia satu pengkhianatan kepada mandat dan amanah rakyat dalam PRU ke-14 lalu. 

Undi rakyat kepada PH ibarat satu perjanjian sosial yang perlu dihormati. Maka, ianya tidak boleh dikhianati.

Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 58 yang bermaksud: “Jika kamu mengetahui satu pengkhianatan dari satu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang berkhianat”.

Fatwa politik Presiden PAS yang berubah-ubah, flip-flop dan u-turn ini dilihat dibuat mengikut selera politik PAS yang menggunakan agama untuk justify sesuatu tindakan politik. Sesuatu fatwa politik tidak lagi dibuat berdasarkan disiplin ilmu dan maslahat.

PAS kini ibarat kacang lupakan kulit, yang boleh meninggalkan kekasih lama untuk mendapatkan kekasih baru. Asalkan demi kuasa, tidur sebantal lain-lain sijil nikah pun tidak apa.

Dengan begitu banyak isu yang menjerut kerajaan gagal PN hari ini terutama kegagalan menangani pandemik Covid-19, kelumpuhan ekonomi dan kelemahan proses vaksinasi, Presiden PAS cuba menjadikan PH sebagai kambing hitam dengan menunggang sentimen perkauman dan agama.

Stigma PH anti-Islam sengaja dicipta bagi merendah-rendahkan pemikiran orang muda yang semakin celik politik dan demokrasi. – 22 Jun, 2021.

 Faiz Fadzil
Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional
Adun Permatang Pasir.

ADA FATWA

PANDANGAN

KARUT

AMIN

ADA FATWA

CADANGAN

BODOH 

TAK MASUK AKAL

AMIN

PAKAI SERBAN

TUNGGANG TUNGGIT

TAK SAMESTI BETUL

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang dulu2 kata petua