Sabtu, 5 Jun 2021

RAKYAT DI DAHULUKAN

 


 RAKYAT

DIDAHULUKAN

AMIN

BUKAN CUKONG

DI DUKUNG

AMIN

ATAU TOWKAY

JUAL VAKSIN

AMIN



Ahli MT Umno minta Agong tukar perdana menteri

AHLI Majlis Tertinggi Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda supaya menggantung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan melantik seorang perdana menteri baharu untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

Razlan memohon perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya campur tangan dalam urusan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang katanya gagal menangani penularan Covid-19 dan kesannya ke atas ekonomi.

“Perdana menteri harus diberi tekanan oleh Tuanku untuk memastikan nyawa rakyat jelata dapat diselamatkan terlebih dalu berbanding survival parti politik beliau.

“Patik ingin mencadangkan, agar Tuanku menggantung kerajaan hari ini dan melantik seorang perdana menteri interim yang lebih tegas, berpengetahuan luas, mempunyai rangkaian hubungan baik dengan pelabur luar negara dan paling utama mengutamakan nyawa rakyat tanpa memikirkan kepentingan politik dan parti sendiri,” katanya dalam surat yang dilihat oleh The Malaysian Insight.

Tambahnya, keputusan Yang di-Pertuan Agong nanti akan memberi manfaat kepada rakyat di semua peringkat.

“Kebimbangan patik adalah jangan sehingga nasi menjadi bubur kerana  kesilapan kita hari ini tiada upaya lagi untuk mengubahnya di kemudian hari,” katanya.

Surat sama beliau muat naik ke akaun Facebook miliknya, semalam.

Razlan yang dihubungi mengesahkan mengutus surat itu ke pejabat Istana Negara sebagai seorang “rakyat di bawah naungan Tuanku”.

Dalam suratnya, Razlan menyuarakan kebimbangan rakyat yang beliau yakin akan juga merisaukan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, Muhyiddin sudah gagal untuk menjalankan amanah sebagai ketua kerajaan selain gagal membendung pandemik Covid-19.

Kebimbangan pertama, katanya ialah tentang penularan Covid-19 yang masih tinggi, sementara rakyat keliru dengan pelbagai arahan dan kenyataan untuk membendungnya.

Rakyat juga bimbang akan keadaan ekonomi kesan daripada penularan Covid-19, katanya.

Razlan juga menyuarakan kebimbangan rakyat apabila perintah darurat, yang dilaksanakan sejak Januari, gagal untuk menangani penularan Covid-19.

“Rakyat tidak tahu di mana lagi mahu mengadu nasib,” katanya.

Jelas Razlan, suara rakyat sebelum ini dibawa oleh wakil rakyat di Dewan Rakyat namun Parlimen tidak dapat bersidang kerana perintah darurat.

Beliau memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya tempoh darurat ditamatkan segera kerana ia tidak lagi berperanan untuk menangkis pandemik Covid-19.

“Apa yang dilihat dan difahami rakyat adalah darurat ini bertujuan untuk mengukuhkan kuasa perdana menteri saja,” katanya.

Kelmarin, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga mendedahkan beliau menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda untuk campur tangan membantu menyelesaikan masalah rakyat, di tengah penularan pandemik Covid-19. – 5 Jun, 2021.

 JALAN SELESAI

ADA

AMIN

WUJUDKAN

KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN



Tiada ulasan: