Jumaat, 23 Julai 2021

LAHIRKAN KEMANUSIAN KITA


LAHIRKAN

KEMANUSIAN KITA

AMIN


Pandemik serlahkan sifat insaniah atau kebinatangan ahli politik, kata aktivis sosial

Aktivis sosial Hishamuddin Rais menggesa ahli politik untuk bersikap sebagai seorang negarawan bukan sekadar bermain politik, mengatakan krisis pandemik Covid-19 sedang menguji dan ia akan menyerlahkan sifat kemanusiaan atau kebinatangan seseorang.

Hishamuddin berkata krisis yang dihadapi ketika ini adalah peluang terbuka kepada ahli politik untuk menunjukkan sikap dan pemikiran pimpinan politik negara.

“Kita diduga oleh virus dari Wuhan ini, sama ada akan lahir kebinatangan atau kemanusiaan, insaniah dalam diri kita.

“Jadi ini peluang untuk ahli-ahli politik untuk terbuka dan memikirkan diri sebagai seorang negarawan, memikirkan untuk negara dan rakyat, di manakah fikrah kita berdiri,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru di saluran Astro Awani malam tadi.

Turut bersama dalam program dialog itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dari PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dari Bersatu.

Menurut Hishamuddin yang juga kolumnis MalaysiaNow, secara tidak sedar, pandemik yang dihadapi negara ketika ini memperlihatkan warna sebenar manusia sama ada kemanusiaan akan lahir dari dalam diri seseorang atau terserlah kebinatangan mereka.

Katanya, kita dapat melihat sifat sebenar para ahli politik sama ada mereka benar-benar memikirkan tentang rakyat atau hanya dirinya sendiri.

Justeru, katanya, sekarang bukan lagi masa untuk ahli Parlimen serang menyerang dan saling menuding jari kepada segala kekurangan dan kekhilafan yang berlaku, sebaliknya harus bersama berfikir ke arah menjadikan negara ini lebih sihat, selamat dan sejahtera.

“Maka sekarang ini saya meminta ahli-ahli Parlimen bukan memikirkan untuk cari undi, tetapi menjadi negarawan memikirkan masa depan negara.

“Saya minta supaya kalian berfikir, berdiri dan duduk di dalam Dewan itu sebagai manusia yang prihatin, bukannya memikirkan tentang nasib sendiri. Itu teknik lama,” katanya.


KOBID SEDANG

MENDUGA KITA

KHALAS




Tiada ulasan: