Sabtu, 21 Ogos 2021

BERITA GANJIL LAGI PELIK

 



 YA AMPOON

YA MAULANA

APA MAKNA

BERITA  INI

KHALAS





Istana Johor timbulkan keraguan isu lantik PM baharu

BEBERAPA kenyataan istana Johor mengenai pemilihan pemimpin menunjukkan keraguan raja pemerintah negeri itu dalam isu pelantikan perdana menteri baharu.

Kenyataan tersebut, salah satunya di platform media sosial Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar antara lain memetik hadis diriwayatkan Abu Hurairah mengenai sifat munafik.

“Tanda orang munafik ada tiga iaitu – apabila dia bercakap dia berdusta, dan apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila diberi amanah dia telah mengkhianati.”

Pada masa sama, anakanda baginda Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris pula menegaskan mengenai kepentingan prinsip seseorang pemimpin.

Platform media sosialnya menyiarkan slogan: “Pemimpin sebenar tidak boleh dibeli” dengan imej bendera Malaysia.

Satu lagi kenyataan di platform itu menyebut sikap Johor untuk tidak menyokong keputusan yang dianggap memberi kesan buruk.

“Apa-apa keputusan yang menjejaskan perlembagaan, kedaulatan institusi diraja dan kesejahteraan rakyat, Johor tidak ingin terlibat.

“Keutamaan adalah kestabilan negara, kehidupan rakyat, dan bukan kepentingan peribadi.”

Kenyataan itu muncul sewaktu Raja-Raja Melayu bakal bersidang bagi mesyuarat khas selepas Yang di-Pertuan Agong menerima nama calon perdana menteri baharu dari para ahli Parlimen.

Semalam, baginda menerima menghadap 114 ahli Dewan Rakyat yang dilaporkan menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan.

Ismail baru sahaja dilantik menjadi timbalan perdana menteri sebelum Muhyiddin Yassin meletak jawatan perdana menteri pada Isnin, selepas kerajaan Perikatan Nasional tumbang.

Seramai 95 ahli Parlimen dilaporkan menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi jawatan itu. – 20 Ogos, 2021

 

SELESAI KE

BELUM

AMIN

ATAU ADA 

TERTINGGAL

GELODAK 

BELUM DIMAKAN

AMIN



2 ulasan:

Raja Kumbang berkata...

Silence is golden tu maknanya kalau tutup mulut dapat lombong emas ke?

ToraTora berkata...

dulu gua komen tapi lu tt bangkulsampoh komen gua