Sabtu, 28 Ogos 2021

KEADILAN UNTUK NAJIB DAN ZAHID

 



SOKONG SOKONG

RAKYAT SOKONG 

AMIN 



Jangan lengahkan keadilan untuk Ahmad Zahid Hamidi


SECARA tiba-tiba Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti malam tadi mahu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan campur tangan politik dalam institusi peguam negara dan badan kehakiman.

Umum mengetahui bahawa presiden Umno sendiri dan beberapa rakan lain sedang berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah, termasuklah bekas perdana menteri Najib Razak yang sudah pun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Julai tahun lalu.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau kini dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Zahid pula sedang berdepan dengan puluhan tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi beliau. 

Segala bukti dan keterangan sudahpun dikemukakan oleh pihak pendakwaan dengan begitu teliti dan cermat sekali. Ia turut dilaporkan dalam media tempatan dan antarabangsa.

Tidak masuk akal

Zahid perlu menyedari hakikat ini. Tidak masuk akal untuk menimbulkan persepsi bahawa kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi beliau dan rakan-rakannya merupakan satu campur tangan politik.

Adakah beliau mahu memberi gambaran bahawa beliau dianiaya oleh sistem perundangan kita?

Jika benar terdapat campur tangan politik dalam badan kehakiman atau pun dalam Jabatan Peguam Negara, bagaimana Zahid boleh jelaskan beberapa keputusan mahkamah yang memihak kepada Umno sejak setahun yang lalu?

Pada 20 Mei, mahkamah memulangkan semula wang berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018, yang didakwa milik Najib dan Umno, kepada Najib.

Pada 3 Mac sebelumnya, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan 16 bekas ahli Umno untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perisytiharan Umno sebagai tidak sah kerana kononnya melanggar perlembagaan.

Persepsi

Adakah badan kehakiman hanya ‘adil’ apabila keputusan memihak kepada Umno atau Najib dan ‘berat sebelah’ apabila tidak memihak kepada mereka?

Jika ini persepsi yang ingin ditimbulkan, ia amat tidak sihat dan menghina integriti para hakim kita.

Saya cadangkan lebih baik Zahid fokus kepada perbicaraan beliau di mahkamah dan segerakan proses ini kerana mahkamahlah merupakan medan paling sesuai untuk membuktikan kebenaran berpihak kepada beliau.

Jika kes ini sering tertangguh, saya khuatir ia akan melewat-lewatkan keadilan buat Zahid  sendiri. – 28 Ogos, 2021. 

* Mohamad Siddiq Azani, 
pengerusi Biro Undang-Undang 
Armada Bersatu Malaysia.

SLESAIKAN

KES NAJIB

AMIN

SELESIKAN

KES ZAHID

DENGAN SEGERA

AMIN

JANGAN

 LAMBATKAN

AMIN

LAGI LAMBAT

LAGI TAK ADIL

KHALAS



2 ulasan:

Unknown berkata...

Bila dah selesai kes ni mintak kerajaan wat majlis pulut kuning sebagai meraikan kes berjaya selesai. Tapi kalau selesai macam kes tengku freud macam musa aman tak guna jugak. Itu bukan pulut kuning tapi kene wat tahlil arwah

Tanpa Nama berkata...

Silap silap Maha pulak masuk SG Bukoh kah kah kah pasang lukah tepi sungai, projek Masih jalan bro kah kah