Sabtu, 28 Ogos 2021

SABRI NAK TERAJANG ZAHID

 


 SEMUT BERKUMPUL

CARI GULA

AMIN

AHLI UMNO

BERKUMPUL CARI

PROJEK

AMIN

PROJEK DIBAWAH

TANGAN SABRI

AMIN 




Lantikan menteri usaha Ismail Sabri kuasai Umno, kata penganalisis

PELANTIKAN baharu jemaah menteri dari kalangan pemimpin Umno menunjukkan usaha percaturan Ismail Sabri Yaakob untuk menguasai pemilihan parti akan datang, kata penganalisis.

Pengkaji Universiti Malaya Awang Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata percaturan itu jelas kelihatan memandangkan pemilihan Umno dijangka akan diadakan hujung tahun ini.

“Sebenarnya ada dua percaturan – satu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan satu untuk pemilihan parti akan datang.

“Tapi yang sekarang ini nampak Ismail bentuk strategi untuk melawan pengaruh presiden Ahmad Zahid Hamidi untuk ambil alih parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Awang Azman juga menjangka akan timbul gesaan daripada Umno agar pemilihan parti dipercepatkan sebelum PRU15 dan tidak ditunda tidak seperti semasa PRU14.

“Keadaan ini akan menyebabkan Umno berpecah.

“Kumpulan Ismail Sabri akan membuat gesaan untuk mempercepatkan pemilihan kerana bimbang jika dibuat selepas pilihan raya kedudukan mereka akan terancam.

“Jika Zahid masih berkuasa dalam Umno ini kemungkinan kumpulan pemimpin tidak dipilih menjadi calon dalam PRU15,” katanya.

Senada dengannya seorang lagi pengkaji, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar yang melihat demikian berdasarkan usaha Ismail membawa semula muka lama ke dalam Kabinet.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berpendapat Ismail Sabri bertindak demikian kerana pemimpin berkenaan membentuk kumpulan yang setia kepada naib presiden Umno tersebut.

Tindakan Ismail Sabri itu membolehkan bekas menteri seperti Noh Omar, Noraini Ahmad, Mahadzir Khalid dan Shahidan Kassim kembali mengetuai kementerian.

Percaturan itu akan menguntungkan Ismail sekiranya ingin segera merebut jawatan presiden, namun akan memecah belahkan parti jika pemilihan diadakan kemudian, katanya.

“Pelantikan Kabinet ini sudah pasti akan memberi kesan dalam pemilihan parti terutama jika Ismail Sabri memilih untuk bertanding untuk jawatan presiden.

“Namun jika pemilihan diadakan selepas pilihan raya ia akan menyebabkan perpecahan dalam Umno terutama apabila Zahid memilih untuk meletakkan kumpulannya dalam (PRU15).”

Ismail Sabri mengekalkan majoriti menteri kabinet Muhyiddin Yassin dalam senarai anggota jemaah menterinya dan beberapa menteri dan timbalan menteri ke portfolio lain.

Jumlah anggota Kabinet itu juga kekal dengan 32 orang menteri dan 38 timbalan, sama dengan jumlah jemaah menteri dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Beberapa menteri yang digugurkan kali ini termasuk Mohd Redzuan Md Yusof dari Bersatu, senator Zulkifli Mohamad, Khairuddin Aman Razali dari PAS dan Shamsul Anuar Nasarah dari Umno.

Tiga bekas menteri Umno iaitu Noh Omar, Shahidan Kassim dan Mahadzir Khalid, yang tiada dalam kabinet Muhyiddin, dilantik semula dalam barisan jemaah menteri ini.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia Dr Azmil Tayeb pula berpandangan, selain dapat mengekalkan kuasa, Ismail Sabri juga dapat melemahkan pengaruh Zahid melalui pelantikan itu.

“Saya melihatnya seperti itu kerana politik Umno berasas naungan. Lebih mudah untuk Ismail Sabri untuk mengatur langkah seterusnya jika beliau berjaya menguasai Umno,” katanya.

Beliau juga tidak menolak andaian bahawa pelantikan itu satu strategi menguatkan Umno untuk menghadapi PRU15 dan mencetus perkembangan baharu politik.

Jelasnya, beliau menjangka kesannya lebih luas termasuk ke atas bekas ahli Parlimen Umno yang lompat parti menyertai Bersatu.

“Impaknya sama ada ahli Parlimen Bersatu akan masuk semula Umno atau bertanding tiga penjuru yang memberi kelebihan kepada Umno.

“Besar kemungkinan parti Bersatu akan terbubar selepas PRU15 nanti seperti Semangat 46,” katanya. – 28 Ogos, 2021.

 MASA INI

DUIT BERKILO KILO

AKAN TURUN

KAH KAH KAH

UMPAN DISANA SINI

AMIN

NAJIB ZAHID

POKET TAKKAN

KOYAK 

AMIN 

AHLI UMNO 

SEMUA SUKA HATI

AMIN 

KENDURI KENDARA

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: