Sabtu, 28 Ogos 2021

KU LI TERTINGGAL BAS

 



 KALI INI

KU LI TERINGGAL

BAS

KAH KAH KAH

KU LI TAK FAHAM

APA ITU LANGKAH

SYARATTON

KAH KAH KAH

 

Umno kecewa dengan Kabinet Ismail Sabri, kata Ku Li

UMNO akan kecewa dengan barisan Kabinet Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah malam ini.

“Sudah tentu Umno kecewa dengan barisan Kabinet terbaru ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang- kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah Muhyiddin (Yassin),” kata ahli Parlimen Gua Musang itu dengan nada sinis dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Kabinet yang diumumkan Ismail Sabri hari ini, yang mengekalkan sebahagian besar ahli Parlimen dalam kerajaan bekas perdana menteri Muhyiddin.

Mereka yang dikekalkan termasuk menteri Bersatu dan Umno yang portofolio ditukar, seperti Khairy Jamaluddin yang mengambil alih Kementerian Kesihatan daripada Dr Adham Baba, yang dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dua muka baharu daripada Umno ialah Noh Omar sebagai menteri pembangunan usahawan dan koperasi dan Mohamad Alamin sebagai timbalan menteri pendidikan II.

Noh, ahli Parlimen Tanjung Karang, dan Mohamad, ahli Parlimen Kimanis, kedua-duanya berada dalam pasukan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin awal bulan ini, membawa kepada pengundurannya sebagai perdana menteri dan diganti oleh Ismail Sabri.

Tengku Razaleigh juga termasuk dalam kumpulan Zahid, dan juga pernah mengkritik pentadbiran Muhyiddin.

Ketika kumpulan Zahid menarik sokongan terhadap Muhyiddin, Ismail Sabri mengetuai memimpin 23 ahli Parlimen Umno yang lain mengesahkan sokongan mereka terhadap pemimpin Bersatu itu menjadi perdana menteri.

Umno kemudiannya menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri parti itu selepas Muhyiddin meletakkan jawatan pada 16 Ogos.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh dikhabarkan akan menjadi ahli Parlimen tunggal yang tidak memberikan sokongan kepada Ismail Sabri menjadi perdana menteri dalam akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Agong meminta setiap ahli Parlimen menyatakan satu pilihan untuk jawatan perdana menteri dalam akuan bersumpah mereka, dan kemudian memanggil 114 ahli Parlimen untuk mengesahkan pendirian mereka secara bersemuka.

Sementara itu, pembangkang yang mempunyai 105 ahli Parlimen menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim. Terdapat 220 ahli Parlimen di Dewan Rakyat, ketika ini. – 27 Ogos, 2021.

LANGKAH 

SYARATTON

ADA SYARAT

AMIN

JANGAN LUPA

SYARAT INI

KHALAS 



3 ulasan:

Raja Kumbang berkata...

Ini bukan situasi setakat tertinggal bas, bas yang ditunggu pun silap stesyen. Nak kata tak faham, mustahil kot, dah tua bangka & dah berpuluh tahun jadi MP. Bilangan MP Umno tak sampai separuh dalam kerajaan campuran ni. Masih lagi dalam angan angan kebanyakan orang UMNO ni. Zaman abang besar dah berlalu weh.

Bayan budiman berkata...

Pihak yang tak puas hati dengan kabinet baru ni aku tak hairan. Sebabnya mereka tidak berada dalam lantikan itu...nak puaskan hati semua orang memang sangat mustahil. Oleh itu bersyukurlah kita kerana masih dapat hidup dengan aman dan diberi kesihatan yang baik.

Unknown berkata...

Nape dalam syaratton ni tak masuk nama ku li bagi la apa apa jawatan pun janji dia diam. Orang tua bukan dia nak apa pun nak perhatian je. Kesian jugak taktau berapa kali betukar pemimpin dah dia duk tepi tepi orang tengok sebelah mata je..