Rabu, 25 Ogos 2021

KELENTONG BARU - KHEMAH BESAR

 

SATU LAGI

KELENTONG BARU

KAH KAH KAH

DULU

I GOD THE NUMBO

KAH KAH KAH

SEKARANG

BUAT KEMAH BESAR PULAAAKKK

KAH KAH KAH


Perang PKR-Amanah berhubung kepimpinan Anwar merebak ke Pulau Pinang

Belum sempat reda pertikaman lidah antara Amanah Bukit Bintang dan aktivis PKR Sarawak berhubung kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH), kini pertelagahan antara kedua-dua parti itu mula merebak ke Pulau Pinang.

Ia adalah susulan Ketua Pemuda Amanah Tanjong Faruk Abdul Rahman yang berkongsi pandangan dengan Ketua Amanah Bukit Bintang Ahmad Asri Talib yang sebelum ini mendesak kepimpinan parti menukar ketua pembangkang yang baru dan mewujudkan PH Plus.

Dalam sebuah kenyataan, beberapa pemimpin Pemuda PKR Pulau Pinang menyatakan dukacita dengan kenyataan Faruk yang disifatkan tidak sihat dan tidak menguntungkan.

“Kenyataan yang dimuatnaik melalui akaun Facebook beliau pada 21 Ogos 2021 amat mendukacitakan.

“Beliau seolah-olah lupa bagaimana PH yang mendapat mandat rakyat diruntuhkan melalui pengkianatan dan sikap penting diri perdana menteri ketika itu yang meletakkan jawatan tanpa berbincang dengan ketua-ketua parti dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan,” kata kenyataan yang ditandatangani oleh ketua pemuda PKR, Balik Pulau, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan pengerusi biro pendidikan pusat.

Faruk, dalam satu hantaran Facebook menggesa pimpinan PH bermesyuarat untuk memilih ketua PH dan ketua pembangkang yang baru.

Beliau turut mencadangkan Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua pembangkang baru bagi PH kerana beliau dianggap sebagai calon paling layak.

“Seharusnya kita mengangkat tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai pengalaman luas dalam politik negara dalam masa yang sama bukan untuk menidakkan usaha serta kesungguhan Anwar Ibrahim yang bermati-matian memperjuangkan mandat rakyat yang diketahui umum.

“Namun beliau belum masih berjaya mendapat sokongan yang cukup,” katanya.

Bagaimanapun, dalam kenyataan hari ini, kumpulan pemuda PKR membidas Faruk dengan mempersoalkan kejujuran Mahathir dalam memimpin PH

“Jika calon yang dicadang oleh beliau untuk menerajui Pakatan Harapan itu benar-benar serius untuk menerajui kepimpinan Pakatan Harapan tidak mungkin individu tersebut mengambil keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu,” kata mereka merujuk tindakan Mahathir yang meletakkan jawatan ketika krisis kepimpinan PH memuncak tahun lepas yang turut mencetuskan Langkah Sheraton.

Tindakan Mahathir tersebut menyebabkan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan pentadbiran baru kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Pemuda PKR tersebut turut menasihatkan supaya Faruk bermuhasabah diri dan mengesa kerjasama antara parti terus digandakan selain pandangan mana-mana parti komponen PH untuk bergerak bersendirian adalah tidak boleh diterima.

“Kemenangan serta kekuatan Pakatan Harapan terletak kepada semua parti komponennya.

“Adalah tidak adil jika beliau melihat kegagalan Anwar Ibrahim dalam usaha mendapatkan sokongan yang mencukupi daripada ahli Parlimen sebagai sebuah kegagalan yang memerlukan pengerusi Pakatan Harapan ditukar.

“Lupakah beliau kepada jasa dan pengorbanan Anwar dalam usaha memantapkan gabungan pembangkang?”

Semalam, MalaysiaNow melaporkan pertelagahan antara beberapa pemimpin dan aktivis PKR dan Amanah selepas kegagalan Anwar mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri dalam krisis singkat ekoran peletakan jawatan perdana menteri oleh Muhyiddin.

Pemimpin DAP diwakili Tony Pua dan Ong Kian Ming juga merupakan ahli Parlimen PH yang turut menyuarakan secara terbuka pandangan berbeza mengenai hala tuju gabungan tersebut.

Anwar, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak berkempen supaya Muhyiddin meletakkan jawatan selain turut menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Selepas lebih sepuluh ahli Parlimen Umno menarik sokongan, Muhyiddin telah meletakkan jawatan sekali gus pencarian perdana menteri baru dimulakan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 20 Ogos, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri ke-9 selepas surat akuan bersumpah menyatakan sokongan memihak kepada beliau dengan 114 pencalonan ahli Dewan Rakyat.

Semalam, pemimpin utama PH menegaskan mereka akan kekal bersama kepimpinan Anwar bersama 105 ahli-ahli Parlimen yang mendukung presiden PKR itu sebagai perdana menteri.

Mereka turut berkata kerjasama tersebut akan diperluaskan dengan blok pembangkang lain dengan pendekatan “khemah besar” .

PELIK BIN HAIRAN

KAH KAH KAH

BERAPA KALI

LAGI MAT SABU

GUAN ENG

NAK KENA KENCING

KAH KAH KAH

KENCING ANWAR

DAH SEJUK

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa akan dibuat dalam "khemah besar" TT tak duga ke? Dia orang dah lama gemar golden shower, mungkin ada yang lagi dalam khemah. Yang masih dikencing ialah rakyat yang masih dipaksa terima Pakatan Harapan sebagai calon kerajaan alternating.