Rabu, 25 Ogos 2021

KLUSTER MAHKAMAH AKAN BEBAS ?

 

 WOIT

MUHYIDIN KATA

SABRI JADI PM

ADA SYARAT

AMIN

SYARAT UTAMA

KLEPTO DILARANG

ADA PERANAN

 DALAM KERAJAAN

AMIN

INI LANGKAH

SYARATTON

KHALAS



Dr Mahathir bimbang Ismail Sabri selamatkan kluster mahkamah

DR Mahathir Mohamad bimbang perdana menteri yang baharu dilantik, Ismail Sabri Yaakob akan menyelamatkan para pemimpin Umno yang digelar “kluster mahkamah” daripada tuduhan.

Beliau bimbang perkara itu akan berlaku memandangkan kuasa Ismail Sabri selaku perdana menteri mengatasi peguam negara dalam kerajaan, katanya dalam wawancara dengan Insight Talk.

Para pemimpin Umno dalam kelompok “kluster mahkamah” itu seperti presidennya Ahmad Zahid Hamidi pula lebih kanan daripada Ismail Sabri yang merupakan naib presiden parti.

“Itu tak boleh. (Selamatkan kluster mahkamah). Jangan sentuh undang-undang. Pentadbiran mengikut undang-undang.

“Jangan cuba campur tangan dan pengaruhi mahkamah atau peguam negara.

“(Peguam negara) duduk bawah perdana menteri. Dia boleh kata tiada kes. (Jika ada) 46 kes mahkamah, nanti tiba-tiba kata tiada kes,” kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir tidak menolak andaian bahawa perkara itu mungkin akan berlaku memandangkan terdapat keputusan yang kini memihak kepada “kluster mahkamah” tersebut.

Dr Mahathir memberi contoh, keputusan mahkamah memulangkan wang ratusan juta yang dirampas kepada Najib Razak berkaitan kes dihadapi perdana menteri keenam itu.

“Macam-macam, orang ada yang curi (ratusan) juta bagi balik. Bagi balik pada pencuri. Jackpot lah (menang judi besar),” katanya.

Kenyataan merujuk kepada keputusan mahkamah memulangkan RM114 juta yang dirampas daripada Najib selepas menolak pendakwaan melucut hak aset terbabit.

Dr Mahathir juga memberi amaran, walaupun tidak terlibat dengan kegiatan salah laku yang didakwa dilakukan Najib, Ismail tetap akan memikul bebannya.

Malah sekiranya Ismail Sabri mengikut dasar “cash is king” iatu memberi wang tunai bagi mendapatkan sokongan, ahli Parlimen Bera itu juga sama seperti Najib.

“Dia tidak terlibat dengan kegiatan yang diamalkan oleh Najib, setakat kita tahu tetapi kalau dia ambil orang itu sokong maka dia akan dapat pengajaran yang buruk.”

“Kalau dia kata cash is king. Saya ingat (pimpinan Muhyiddin) tiada perubahan. Ia akan jadi apa berlaku zaman Najib dan Muhyddin,” katanya.

Ditanya mengenai apa pandangan beliau tentang kepimpinan Ismail, Dr Mahathir kata ia belum teruji kerana terlalu awal.

“Saya percaya di kalangan orang muda ada yang berbakat tapi kita belum tahu kebolehan mereka.

“Pengalaman mereka kurang kalau berbanding dengan orang yang sudah lama jadi pemimpin,” katanya lagi.

Najib berjaya meraih semula wang RM114 juta pada Jun lalu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan aset tersebut diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram.

Wang tersebut antara hasil operasi merampas harta bernilai lebih RM1 bilion yang dijalankan selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihan raya 2018.

Ia dijalankan sewaktu kerajaan dipimpin Dr Mahathir yang konsisten menggelar Najib sebagai pencuri.

Najib kini sedang merayu selepas dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta bagi tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa.

Kes melibatkan penggelapan RM42 juta dana 1MDB dan SRC International itu antara pelbagai tuduhan dihadapi Najib di mahkamah pada waktu ini.

Zahid pula berdepan 47 pertuduhan yang mana 12 daripadanya melibatkan jenayah pecah amanah, lapan tuduhan rasuah.

Selain itu, beliau juga berdepan 27 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Zahid semalam tidak hadir ke mahkamah bagi salah satu kesnya kerana mendakwa mengalami kecederaan selepas terjatuh, yang menimbulkan kemarahan hakim.

Empat lagi ahli Parlimen Umno yang meraih jolokan “kluster mahkamah” itu termasuk setiausaha agung parti itu Ahmad Maslan dan bekas menteri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kes ahli Parlimen Pontian itu mengelak cukai pendapatan berjumlah RM2 juta baru bermula dan ahli Parlimen Putrajaya itu pula baru lepas dari tuduhan rasuah RM1 juta

Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez yang merupakan bekas pengerusi Tabung Haji pula berdepan 14 tuduhan rasuah dan mengubah wang haram bersama abangnya Abdul Latif.

Seorang lagi Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin yang dituduh bagi kes rasuah bernilai RM2.8 juta bagi pelaburan Felcra berjumlah RM150 juta.

Kesemuanya merupakan antara ahli Parlimen yang menyokong dan membolehkan Muhyiddin mbentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional melalui Langkah Sheraton tahun lalu.

Pentadbiran Muhyiddin tumbang semula apabila 15 ahli Parlimen Umno, termasuk kumpulan “kluster mahkamah” itu menarik sokongan ke atasnya pada minggu lalu.

Ismail Sabri kemudian pada Sabtu lalu mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan dengan sokongan 115 wakil rakyat, termasuk dari Umno dan juga daripada parti Muhyiddin, Bersatu. – 25 Ogos, 2021.

 KALAU BANDUAN

DI BEBAS

MAKA SABRI

AKAN  DIJATUHKAN 

AMIN

INI NAMANYA 

LANGKAH SYARATTON

KHALAS



Tiada ulasan: