Selasa, 10 Ogos 2021

MUHYIDIN SELAMAT AKHIRNYA

 


MUHYIDIN AKAN

SELAMAT

AMIN

PKR HANTAR

NAMA ANWAR

AMIN

ZAHID ANTA

NAMA NAJIB

AMIN




Surat kepada Agong dihantar selepas PKR gagal kumpul sokongan ahli Parlimen untuk Anwar

Rancangan pemimpin PKR untuk mengangkat ketua mereka, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong terpaksa dibatalkan selepas gagal menunjukkan blok pembangkang memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen, MalaysiaNow difahamkan.

Seorang pemimpin kanan PKR berkata dengan syarat tidak dinamakan, sebaliknya dipersetujui mereka hanya akan memberi tumpuan kepada ahli Parlimen yang menentang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Memanglah ahli Parlimen pembangkang tak akan sokong perdana menteri yang memerintah. Perkara sedemikian dah memang terang.

“Tetapi kami berpandangan sesuatu perlu dilakukan cepat untuk menyokong surat Umno kepada Tuanku.

“Mereka sedar bahawa selagi mereka tidak memiliki nama untuk calon perdana menteri, tidak ada apa yang berubah dalam konteks persefahaman untuk menggulingkan kerajaan sekarang,” kata ahli politik PKR yang juga merupakan pemegang jawatan dalam parti.

Difahamkan PH dan beberapa ahli Parlimen lain mendakwa berjaya mengumpulkan 100 nama berserta 13 nama yang didakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah diserahkan kepada Agong.

Walaupun pembangkang di luar gabungan PH menuntut peletakan jawatan Muhyiddin, mereka bagaimanapun menentang percubaan untuk menamakan Anwar sebagai perdana menteri di mana ia merupakan matlamat utama rancangan Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak sejak tahun lalu.

“Sehingga sekarang, calon perdana menteri belum dinamakan kerana penentangan hebat ahli-ahli Parlimen yang boleh menjadi kingmaker,” kata sumber dalaman PKR tersebut.

Minggu lalu, sebuah surat Zahid kepada Agong menyenaraikan 14 ahli Parlimen dari Umno yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin.

Namun, satu sumber dalaman kumpulan tersebut berkata mereka tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Anwar atau DAP bagi menubuhkan kerajaan baru.


TT MASIH

BERPENDAPAT

TAK ADA SAPA

ADA MAJORITI

AMIN

KERAJAAN

PERPADUAN

JALAN TERBAIK

AMIN

SEMUA DALAM

KERAJAAAN

AMIN

TUJUAN SATU

SAJA

AMIN

PERANG LAWAN

MAT KOBID

KHALAS



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dey TT . Majoriti ada Satu pihak. Ko je yg dorang xmasukkan sgt dlm snarai perlu tahu. Ko ni dah jadi mcm Berahim Ali je bg dorg sekarang. Terimalah hakikat TT..

Tanpa Nama berkata...

Kurang sudah kecerdikan brader tukartiub ni rupanya. Kalau takde nama perdana menteri, umno takkan kalut tarik sokongan la. Midin takkan tarik masa la. Sebab ada nama lah umno tarik dan midin pulak tarik masa.

Lu tanya jemin, tanya mak lampir. Takkan dorang tatau? Gua keja cap ayam di parlimen pun tau. Kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

zahid ni bangang apa hantar nama najib