Isnin, 9 Ogos 2021

ORANG RAMAI DAH MUAL DAN LETIH

 


 ORANG RAMAI

DAH MUAL

DAN LETIH

AMIN

SELESAIKAN

 DENGAN

SEGERA

PERGADUHAN INI

AMIN

TUMPUKAN

LAWAN KOBID

KHALAS


14 ahli Parlimen 

tarik sokongan PM, 

kata Umno

UMNO mengesahkan 14 ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), dan bukan lapan seperti yang disebut dalam kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

Mereka menarik sokongan itu dalam sepucuk surat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong pada 4 Ogos, hari Muhyiddin membuat kenyataannya melalui perutusan khas di televisyen.

“Umno mengesahkan bahawa dua warkah telah diutus kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Warkah-warkah berkenaan telah diutus bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos 2021 oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi,” lapor portal berita rasmi parti Umno Online.

Laporan itu menyertakan salinan dua surat berkenaan.

Surat pertama tidak menyebut nama ahli Parlimen yang menarik sokongan. Nama mereka disebut dalam surat kedua.

Selain Zahid, surat itu menyertakan nama bekas perdana menteri Najib Razak (Pekan), Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Nama bekas menteri tenaga dan sumber asli Shamsul Anuar Nasarah, yang letak jawatan pada 3 Ogos, juga ada tetapi tidak Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad yang letak jawatan menteri pengajian tinggi pada 6 Ogos.

Nama-nama lain ialah mereka yang hadir sama semasa Zahid mengumumkan penarikan sokongan ahli Parlimen Umno minggu lalu. 

Mereka ialah Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan (Pontian), Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Anmad Nazlan Idris (Jerantut), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Nor Omar (Tanjung Karang).

Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin juga menarik balik sokongannya, selepas dibayangkan pada 3 Ogos antara yang tidak dapat hadir semasa pengumumannya di Kuala Lumpur.

Nama Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) juga ada dan dicatat sebagai tidak pernah menyokong kerajaan Muhyiddin sejak ia dibentuk selepas percaturan politik menjatuhkan pentadbiran Pakatan Harapan pada hujung Februari 2020.

Dalam suratnya, Zahid mengesahkan semua 14 ahli Parlimen ini tidak menarik balik surat akuan mereka.

“Dengan ini patik memperakui 14 ahli Parlimen yang telah diabsahkan sepenuhnya,” kata Zahid.

Noh dan Nizar sebelum ini menafikan mereka mendukung Muhyiddin sebagai dikaitkan antara 31 ahli Parlimen Umno yang disebut oleh timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menyokong kerajaan.

Dalam perutusan khas sama Muhyiddin mengumumkan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk keabsahannya sebagai perdana menteri melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat yang akan bersidang 6 September. – 9 Ogos, 2021. 

 

DAH DUA TAHUN

BOSAN BOSAN 

BOSAN

AMIN 

EKONOMI HANCUR

 RAKYAT BANYAK

 MATI 

BANYAK 

BUNUH DIRI

AMIN 

POLITIKUS MASIH

 PEKAK

AMIN






1 ulasan:

Haldeli berkata...

Salam.

1. Jangsn putus asa politikus buat dek je tak nak dengar dan respond rintihan rakyat.

2. Kita ada YDPA dan raja-raja di sembilan buah negeri.

3. Mereka semua ada melekatkan berbagai nama kebesaran Allah dihujung nama duniawi yang diberi oleh ayahanda masing-masing.

4. Takkanlah mereka tak boleh buat sesuatu yang bertanggungjawab membantu meringankan kesulitan yang dialami rakyat sekarang?

5. Selama ini rakyatlah yang menanggung kehidupan mereka berkeluarga melalui duit cukai yang kutip oleh kerajaan.

6.Kalau YDPA dan raja-raja tak boleh tolong maka apa guna kita beraja kepada mereka. Lebih kita berajakan terus kepada Allah sahaja tanpa mada ereka yang konon diamanahkan Allah kepada mereka sebagai khalifah di dunia ini.

7. Namun begitu kita sebagai orang beriman bertuhankan Allah mohonlah pada Allah supaya YDPA dan raja-raja diberi hidayah dan dibukakan hati supaya dapat mengatasi masalah yang sedang kita hadapi.

Amiin.