Khamis, 30 September 2021

SATU LAGI BUKTI BAHAYA CHINA MERAH

 




14 individu berkait Geng Nicky dilepas tanpa bebas oleh Mahkamah Tinggi

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini melepas tanpa membebaskan 14 individu termasuk empat warganegara China serta dua adik kepada ahli perniagaan yang masih diburu, Nicky Liow Soon Hee daripada tuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai Geng Nicky.

Dua tertuduh yang merupakan adik Nicky adalah Liow Wei Kin dan Liow Wei Loon manakala tertuduh lain ialah Lee Han Keat, Lee Kam Onn, Lee Kum Weng, Eee Eng Chee, Dr Jovian Joris Tan Chern Chian, Loo Siew Chin, Lim Kang Li, Andrew Lim Kim Ming serta empat warga China Huang Lei, Wang Yu Jun, Gu Xing Qiong serta Jiang Xue, yang berusia awal 20an hingga 56 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad memaklumkan kepada media bahawa Hakim Abd Halim Aman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memohon agar kesemua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan kerana pendakwaan berhasrat untuk meneruskan pertuduhan pada masa akan datang.

Beliau berkata hakim itu memutuskan berdasarkan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa mendakwa, tidak mendakwa dan menarik semula pendakwaan adalah berkait dengan kuasa pihak pendakwa raya.

Muhamad Iskandar berkata siasatan awal yang dijalankan pendakwaan tidak lengkap dan pihak peguam juga telah menghantar representasi berhubung pertuduhan itu kepada Jabatan Peguam Negara.

“Peguam Negara telah meneliti representasi tersebut dan bersetuju untuk menarik balik kes ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes itu.

Media tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah sepanjang prosiding kes itu berlangsung.

Peguam Rajpal Singh memohon agar kesemua anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan atas pertuduhan itu memandangkan mereka telah ditangkap antara 18 hingga 21 Mac lepas dan ditahan selama 21 hari mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mengikut pertuduhan, 13 tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Nicky” di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, antara 1 Jan 2017 dan 20 Mac 2021.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Kim Ming didakwa membantu kumpulan  jenayah sama di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, antara 1 Januari 2017 dan 29 Mac 2021  mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan. – Bernama, 30 September, 2021.

BAHAYA 

CHINA MERAH

DAN 

SAMSENG CHINA

AMIN

WOIT

AKAN DI DAKWA

KEMUDIAN

AMIN

BETUL KE

APA YANG DIBACA

KAH KAH KAH

I REST MY

CASE MY LORD

KAH KAH KAH

ADA GAJAH

DI BELAKANG

LORI

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Mawsa berkata...

Amanat Hadi: masuk seketul daging haram semua jodi haram. Lah ni masuk pelacur dalam gomen semua jadi pelacur.