Sabtu, 9 Oktober 2021

KU LI MANGSA MADEY

 



Ku Li akan kaji sama ada UMNO lama boleh dihidupkan

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa parti itu yang ditubuhkan pada tahun 1946 tidak haram dari segi pendaftaran dan undang-undang.

Lantaran itu, kata beliau, ramai di kalangan pemimpin lama (veteran) beranggapan parti tersebut boleh dihidupkan tanpa perlu merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

“Sebentar tadi, kita telah mengadakan perjumpaan. Ramai antaranya adalah pemimpin UMNO lama, UMNO yang ditubuhkan tahun 1946, tapi sudah tidak aktif.

“Ramai daripada kita rasa dukacita dengan laporan pengharaman itu, tapi tak ada siapa sanggup bertindak secara fizikal atau mengikut undang-undang kerana ketika itu kerana takut pada keadaan yang wujud pada masa itu.

“Padahal UMNO tak pernah langar mana-mana undang-undang Persekutuan. Sepatutnya taklah sampai pengharaman parti itu, tetapi apakan daya tindakan selanjutnya diambil juga untuk membatalkan pendaftarannya yang mempunyai ahli lebih tiga juta ketika itu dan berkuasa ke atas Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin veteran di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, walaupun UMNO baharu ditubuhkan pada 1988, tetapi kebelakangan ini ia dilihat seperti hilang taring dan mungkin susah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Ditanya, adakah beliau akan merujuk RoS, katanya, beliau dinasihat tidak berbuat demikian kerana UMNO lama tidak ‘mati’

Beliau menyatakan, hasratnya adalah mahu Melayu dan Malaysia bersatu.

“Itulah hasrat saya. Kita tidak mahu melihat Melayu berpecah belah. Kerana perpecahan itu bukan saja melemahkan Melayu, tapi yang mendukungnya juga.

“Kalau kita lihat, UMNO sekarang pun berpecah. Kalah di Johor, kalah di Perak kerana berpecah dalam UMNO dan dalam masyarakat.

“Kita harap dapat ajak semua pihak bersatu semula. Saya tak mahu komen pasal UMNO baru. Biarlah mereka dengan caranya, tetapi kita pentingkan perpaduan yang perlu diwujudkan dalam kalangan orang Melayu,” ujar beliau.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu turut melahirkan kebimbangannya kalau tidak ada perpaduan yang kukuh, maka kestabilan bukan saja tidak terjamin dalam parti itu, tetapi dalam negara juga.

“Kita tengok, ada kerajaan hari ini, esok tumbang. Lusa tubuh kerajaan baru pulak, tumbang pulak. Macam mana kita nak harapkan pelabur datang melabur dalam negara kita kalau kerajaan sendiri terumbang ambing, tidak stabil.

“Hasrat saya, kita hendak wujudkan banyak peluang perniagaan, pekerjaan untuk muda mudi, untuk mereka yang dibuang kerja, diberhentikan kerja. Kita nak peluang itu kerana kalau tidak negara kita akan gelonsor ke bawah, ke beklakang,” katanya.

Ditanya, apakah beliau akan menghidupkan semula UMNO lama, Tengku Razaleigh berkata, dalam perbincangan itu, mereka sepakat untuk mengkaji semula (untuk menghidupkan UMNO 1946).

“Mereka beri sambutan agak bagus dan di luar jangkaan. Ramai yang suka lihat UMNO lama aktif semula. Itulah yang kita bincang tadi.

“Mereka minta supaya saya teruskan dengan kajian ini untuk membolehkan kita mengubahkan keadaan.

“Mengikut kata mereka, (UMNO 1946) memang boleh dihidupkan. Dalam perjumpaan ini juga lebih kepada (memberikan) pandangan masa depan sama ada UMNO lama boleh meyakinkan atau tidak,” katanya. – 


 WOIT

1987 KU LI KALAH

KENA PENUMBOK

MADEY

KAH KAH KAH

HINGGA KEPALA 

BERPUSING 

KAH KAH KAH

SAMPAI HARI NI

KU LI JADI

MENTAL

KAH KAH KAH

TAK CUKUP

JADI CALON 

TETAP PM

KAH KAH KAH

KU LI NAK JUGA

JADI CALON TETAP

PRESIDEN UMNO

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: