Selasa, 30 November 2021

KITA WAJIB SOKONG SABRI 114

 



PM mahu bahasa Melayu digunakan dalam semua acara

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negara ini menggunakan bahasa Melayu dalam semua acara atau majlis yang dianjurkan.

Ismail Sabri berkata ia bagi memastikan bahasa Melayu terus berkembang.

“Ketika ini, sudah menjadi kebiasaan untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam program swasta, malah GLC dan agensi kerajaan.

“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan Bahasa Inggeris. Penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan bahasa Melayu.

“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan bahasa Melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat bahasa Melayu melainkan kita sendiri,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Ismail Sabri berkata demikian ketika merasmikan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021, di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Johor, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Johor Hasni Mohammad, Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad dan Naib Canselor UTM Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Menurut perdana menteri, kerajaan komited untuk memastikan dasar digubal selama ini membantu menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu.

“Kita mahu mengulangi sejarah kegemilangan bahasa Melayu, dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengungkap ilmu dan bahasa antarabangsa abad ke-21.

“Untuk itu, kerajaan sangat menggalakkan pelaksanaan program dan aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan yang dapat menyemarakkan lagi roh kecintaan terhadap bahasa Melayu.

“Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) turut menyatakan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud urusan rasmi,” tegasnya.

Beliau juga berkata kini terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih diguna pakai, akan tetapi hanya 20 bahasa saja yang dikategori dan diberi taraf bahasa rasmi.

Katanya rakyat perlu berbangga kerana bahasa Melayu adalah salah satu daripada 20 bahasa itu dan menduduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia.

“Sebagai Keluarga Malaysia dan empunya bahasa ibunda ini, kita harus berasa bangga kerana di celah ruang penguasaan teguh Bahasa Inggeris, bahasa Melayu tetap ampuh mencorak ritma yang tersendiri dan sentiasa mekar di persada tamadun dunia,” katanya. – 29 November, 2021.



KITA JANGAN 

SOKONG SABRI

ONE ONE FOUR 

AMIIN

KITA SEMUA

SOKONG SABRI

SATU SATU EMPAT

AMIN

WAJIB ADA MUNKEE

JAGA JABATAN INI

AMIN

MUNGKEE PALING

SESUAI IALAH

PAK LEBAI YANG 

JAGA ALAM SEKITAR

AMIN

SILA AMBIL

MAT TAISON

BEKAS MB

 SELANGOR

SEBAGAI PEMBANTU

AMIN

Tiada ulasan: