Isnin, 20 Disember 2021

APAKAH HUJAN DAH REDA ?

 



Amaran hujan berterusan di 8 negeri berakhir

KERAJAAN menamatkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan Terengganu dan Pahang.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut, amaran terdahulu yang dikeluarkan pada 11.30 pagi untuk lapan negeri tersebut ditamatkan.

Hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat menjejaskan 22,000 orang seluruh negara dan disifatkan paling buruk dalam masa 100 tahun.

Ia dibawa ekor Taufan Rai yang menghentam Filipina, perairan Condore dan seterusnya membadai Vietnam hari ini.

Di Malaysia, ramai mangsa terjejas masih menunggu bantuan, terutama di kawasan padat penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang di Selangor.

Ramai di kalangan mereka merayu di media sosial dan menyatakan kekesalan kerana bantuan masih belum tiba.

Ada juga yang menyiarkan rayuan itu bagi pihak saudara yang sukar bergerak kerana sakit dan tua.

Rayuan itu terus timbul walau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan untuk menyelamatkan mangsa terkandas dan memastikan bekalan di pusat pemindahan mencukupi. – 19 Disember, 2021.


LEBAI EKO

WAK MUSTARJO

APA JADI

KAH KAH KAH

TAKDA SEBUT PUN

PERUBAHAN

CUACA

AMIN

TAK DENGAR PUN

PEMANASAN DUNIA

KAH KAH KAH

NAK TANYA 

PAK LEBAI EKO

APAKAH INI

BALA DARI ALLAH

KERANA  RAMAI

BUAT MAKSIAT

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JAB. METEOROLOGY M'SIA ni elok dibubar atau dimansuhkan. Habiskan boreh yo....Mana Amaran Hujan Lebatnya? Kenapa tak dicanang awal? Mana Siren Kecemasan? Semua mangkuk ayun..tiba tiba salahkan taufan melanda