Isnin, 20 Disember 2021

PENG ANAL SALAH LAGI

 




PRN Sarawak cermin nasib Pakatan pada PRU15, kata penganalisis

JIKA keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu menjadi petunjuk, Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan situasi yang sama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis.

“DAP dan PKR melakukan yang terbaik di Sarawak pada PRU 2018 dengan memperoleh 10 kerusi Parlimen selepas menang 10 – DAP (tujuh) dan PKR (tiga) – kerusi DUN dalam pilihan raya Sarawak pada 2016,” kata Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya. 

“Berdasarkan logik itu, kedua-dua parti itu juga akan mendapat keputusan teruk pada PRU akan datang di sini selepas mereka hanya berjaya menang dua kerusi pada Sabtu lalu.”

Ketika memenangi PRU14, PH berjaya memperoleh 10 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak. Ditambah dua calon bebas – Larry Sng (Julau) dan Jugah Muhyang @ Tambat (Lubuk Antu) – yang menyertai PKR selepas pilihan raya, pembangkang ketika itu mengurangkan bahagian Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi DUN kepada hanya 19 daripada 31.

Tetapi selepas Langkah Sheraton tahun lalu, PH hanya mempunyai tujuh ahli Parlimen di Sarawak. Kerusi itu adalah Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang, Sibu and Miri.

GPS dianggotai empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Progressive Democratic Party dan Sarawak United Peoples’ Party.

Awang Azman berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan DAP dan PKR kehilangan penyokong bandar mereka.

Pensyarah sains politik Sarawak itu berkata walaupun GPS mempunyai kelebihan berkuasa di negeri itu, PH tidak membantu dirinya dengan perbalahan berterusan.

“Parti pembangkang (DAP, PKR, Amanah dan Parti Sarawak Bersatu) tidak bersatu, bertelagah sesama sendiri. Lebih-lebih lagi, manifesto mengenai Sarawak meninggalkan Malaysia dan bermain kad perkauman hanya menakutkan pengundi,” kata Awang Azman.

Beliau berkata pengundi tidak mempunyai banyak pilihan selain memilih GPS kerana mereka mempunyai rekod pembangunan yang lebih baik.

“GPS juga mempunyai kelebihan dengan pindaan Perlembagaan baru-baru ini mengenai Sabah dan Sarawak,” katanya.

Walaupun PH tidak diramal mengalahkan GPS, gabungan itu hanya berjaya mengekalkan dua daripada 10 kerusi yang dimenanginya pada 2016.

DAP menang dua daripada 24 kerusi yang ditandinginya manakala PKR dan Amanah tewas dikesemua 28 dan 8 kerusi yang mereka tandingi. – 20 Disember, 2021.

PENG ANAL

TAKDA KERJA

BUAT SILAP SAJA

KAH KAH KAH

PENG ANAL

TAK KENAL SAPA

PEMIMPIN AGONG

MURSIDUL AM

PAKATAN HARAPAN

KAH KAH KAH

PENG ANAL

TEAK KENAL BETUL

TUAN IMAN

PAK SHEIKH

AL-SAHIBUL

ANWAR IBRAHIM

AL-PUTARI

KAH KAH KAH

ANWAR AL-PUTARI

AKAN BUAT

KEJUTAN

KAH KAH KAH

YAKINLAH TELOR

PENYU AKAN

MEMBIAK LAGI

AMIN

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: