Ahad, 19 Disember 2021

BANJIR - KITA JAGA KITA

 




Hujan lebat ekstrem dijangka berterusan

HUJAN lebat ekstrem dijangka berterusan hari ini di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Selangor, menurut Jabatan Meteorologi.

Peringatan dikeluarkan ketika beberapa kawasan di dalam negara lumpuh akibat banjir ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak dua hari lalu.

Di Selangor, kawasan sekitar Klang dan Shah Alam paling teruk terjejas dengan beberapa kawasan terputus hubungan dan pengguna jalan raya terkandas.

Sebanyak 46 pusat pemindahan dibuka sehingga semalam di daerah Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat, dan Kuala Selangor, menurut kenyataan Menteri Besar Amirudin Shari malam tadi.

Pusat tersebut menampung lebih 3,800 orang daripada kira-kira 2,500 keluarga setakat malam tadi.

Kerajaan negeri juga mengumumkan sebanyak 134 pintu air terpaksa ditutup untuk mengelak limpahan ke kawasan perumahan berdekatan kunci air, katanya.

Pada masa sama, pihak berkuasa Selangor juga mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi limpahan air di sekitar Hulu Kelang ekoran pelepasan air Empangan Klang Gate.

Laporan Selangor Kini menyebut, 25% daripada takungan empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat dalam operasi bermula 11.50 malam tadi.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pula menyifatkan banjir besar yang menjejaskan 11,000 orang dan 4,5000 keluarga itu antara yang paling buruk dalam negara.

Keutamaan waktu ini untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan 188 pusat pemindahan sementara dibuka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, katanya.

Sebanyak 5,731 pusat pemindahan sementara juga sudahpun disediakan yang dapat menampung lebih 1.6 juta mangsa, katanya.– 19 Disember, 2021.

BERHATI HATI

BERWASPADA

AMIN

KITA JAGA KITA

INGAT

MEMPERINGATI

AMIN

Tiada ulasan: