Ahad, 19 Disember 2021

PKR BERJAYA MENANG

 



Pakatan kalah teruk di Sarawak

PAKATAN Harapan kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, dengan hanya menang dua daripada 62 yang ditandinginya.

Terdapat 82 kerusi DUN yang dipertandingkan.

DAP bertanding di 26 kerusi, PKR di 28 kerusi dan Amanah meletakkan calonnya di lapan kerusi.

Dua kerusi yang dimenangi PH adalah melalui DAP yang mengekalkan kerusinya di Padungan dan Pending.

DAP bagaimanapun tewas di Kota Sentosa, Batu Kawah, Pujut, Pelawan, Tanjong Datu dan Bukit Assek.

Chong Chieng Jen menang kerusi Padungan dengan majoriti 1,198 selepas menerima 4,686 undi. Beliau mengalahkan calon GPS Wee Hong Seng yang mendapat 3,488 undi, PBK Raymond Thong Ee Yu (930) dan Lina Soo daripada Aspirasi yang hanya mendapat 193 undi.

Di Pending, Violet Yong mengekalkan kerusinya dengan majoriti tipis 540 undi. Beliau mendapat 5,188 undi untuk menewaskan calon GPS Milton Foo (4,648 undi), PSB Tan Kay Hok (1,858), PBK Teo Kuang Kim (978) dan Aspirasi Chan Chee Hiong (204).

PKR bagaimanapun kalah di semua kerusi yang ditandinginya.

Pada PRN 2016, DAP menang tujuh kerusi dan PKR menang tiga kerusi.

Amanah pula gagal memenangi sebarang kerusi.

Kekalahan PH di Sarawak berlaku selepas pakatan itu juga kalah teruk di Melaka, bulan lepas.

Pada PRN Melaka, PH hanya menang lima kerusi menerusi DAP (4) dan Amanah (1). PKR langsung tidak menang di Melaka.

Pada PRU14, PH menang 15 kerusi di Melaka.

Setakat jam 9.45 malam tadi, SPR berkata pakatan pemerintah Gabungan Parti Sarawak menang 60 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri sekali lagi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS menang sekurang-kurangnya 74 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. – 18 Disember, 2021.


SAH SAHEH

PKR  MENANG

KAH KAH KAH

PARTI PKR

BEJAYA MENGONDOL

HADIAH BESAR

HADIAH

TELOR PENYU

KAH KAH KAH

2 ulasan:

cikminah berkata...

Di Melaka pun PKR dapat telor tembelang. Semuanya kerusi kelas Z kah.....???

capt salai berkata...

Kalau nama parti je gah..pemimpin jugak gah kawan baik erdogan la sahabat baik usuf kardawi la..tapi dapat undi ratus ratus je..baik bubar je parti dah dua kali prn dapat telo tembelang..busuk kahkahkah selagi kawan baik erdogan tu jadi kepala parti dan jadi calon perdana menteri selagi tu aku tak undi PH