Selasa, 14 Disember 2021

HELAH LAMBATKAN BICARA

 


Rosmah gagal ketepi hakim dengar kes ubah wang haram

PERMOHONAN Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta yang dihadapi isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu ditolak hari ini.

“Saya memikul tanggungjawab berat bagi memastikan defendan atau mana-mana defendan yang berkaitan untuk dibicarakan dengan adil di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya begitu teliti memastikan bahawa apabila merujuk kepada kes solar hibrid, tiada prejudis terhadap defendan dalam kes pengubahan wang haram ini,” kata Hakim Zaini ketika menolak permohonan Rosmah hari ini.

Rosmah memfailkan permohonan pada 2 November lalu, atas dakwaan terdapat risiko Zaini bersikap prejudis dan berat sebelah terhadapnya. Zaini juga mendengar perbicaraan kes rasuah Rosmah berkait projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Zaini berkata sebagai seorang hakim beliau dilatih untuk tidak bersikap berat sebelah walaupun membaca fakta berkaitan kes.

“Seorang hakim dikehendaki mempertimbangkan keterangan terhadap tertuduh secara berasingan dan bebas,” jelasnya.

Perbicaraan kes rasuah Rosmah akan bersambung pada 23 Disember ini, manakala kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai pada 12 Januari.

Rosmah, 69, didakwa meminta RM187.5 juta sebagai dorongan untuk membantu Jepak Holdings Sdn Bhd mendapat projek solar solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1,25 bilion.

Beliau juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada pengarah urusan syarikat terbabit.

Rosmah juga berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. 

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara Disember 2013 hingga May 2018. – 14 Disember, 2021. 


TOLAK HAKIM

AMIN

SINGKIR

PENDAKWA

AMIN

SEMUA INI

ADALAH HELAH

UNTUK LAMBATKAN

BICARA SELESAI

KAH KAH KAH

BILA BICARA

LAMBAT SELESAI

PRU15 BERJALAN 

AMIN

DALAM PRU15

NAJIB & ZAHID

MENANG MAKA

SEMUA BUANG KES

KHALAS

KERANA ITU

NAJIB & ZAHID

NAK BUAT PRU15

SEKARANG LEPAS KEJAYAAN DI MELAKA

AMIN

PRU 15 SEBELUM 

NAJIB

MASUK JIL

AMIN

PRU 15

SEBELUM KES

ZAHID MULA

BICARA

KHALAS


Tiada ulasan: