Selasa, 14 Disember 2021

NAKNA IALAH MALAPETAKA

 


Gugurkan Hari Merdeka dari Perlembagaan, kata Nazri

HARI Merdeka perlu digugurkan daripada Perlembagaan Persekutuan, kata Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Hari Merdeka akan menjadi tidak bermakna kepada Persekutuan Malaysia sebaik sahaja Hari Malaysia dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu kepada Dewan Rakyat semasa perbahasan pindaan perlembagaan kerajaan hari ini.

“Jika kita masukkan Hari Malaysia sebagai 16 September 1963, saya rasa Hari Merdeka (31 Ogos) harus digugurkan kerana ia akan mengelirukan orang ramai - bahawa kita mempunyai hari kemerdekaan dan Hari Malaysia,” kata ahli Parlimen Umno itu.

Nazri berkata Hari Merdeka harus digugurkan kerana ia hanya sejarah.

“Jika kita tidak gugurkan, akan timbul masalah nanti kerana Sabah dan Sarawak hanya akan menyambut Hari Malaysia. Gantikan sahaja Hari Merdeka dengan Hari Malaysia.

“Ini Perlembagaan Malaysia bukan Tanah Melayu. Kita mesti menghentikan sentimen bermasalah antara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak yang berlarutan terlalu lama,” katanya. 

Bekas menteri itu berkata rujukan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu perlu disimpan dalam buku sejarah.

“Apa yang kita mahu adalah untuk maju dan masa depan ialah Hari Malaysia. Saya mencadangkan ini supaya ahli Parlimen dari Borneo tidak terus membangkitkan perkara ini,” katanya.

Awal hari ini kerajaan membentangkan empat pindaan Perlembagaan bertujuan memulihkan kedudukan Sabah dan Sarawak.

Pindaan itu adalah untuk mentakrifkan semula Sabah dan Sarawak sebagai wilayah berasingan dan bukannya negeri, mengiktiraf Hari Malaysia sebagai hari pembentukan Malaysia dan mentakrifkan semula makna Persekutuan dan “anak negeri” di Sarawak.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan pada 31 Ogos 1957 selaras dengan kemerdekaan dan terdapat lebih daripada 50 rujukan Hari Merdeka berkaitan hak dan keistimewaan, kewarganegaraan dan isu tanah. – 14 Disember, 2021.


15 MEI 

IALAH HARI NAKBA

PALESTIN

AMIN

15 MEI 

ISRAEL DITUBUH

AMIN

NAKBA IALAH

MALAPETAKA

AMIN

NAKBA 

TANAH MELAYU

PADA 31 OGOS

AMIN

MALAPETAKA

 UNTUK

TANAH MELAYU

SABAH & SARAWAK

KHALAS

Tiada ulasan: