Khamis, 23 Disember 2021

NAJIB TALIPON TUAN IBRAHIM - BANJIR & ALAM SEKITAR

 



Rosmah nafi suaranya dalam rakaman audio

RAKAMAN audio “Can I advise you something?” yang didakwa mirip suara Rosmah Mansor disifatkan sebagai mengarut oleh isteri bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Rakaman dimainkan pendakwaan pada perbicaraan kes rasuah projek tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang dihadapi Rosmah.

Semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram, Rosmah menafikan suara dalam rakaman itu adalah suaranya dan Najib,malah menegaskan beliau tidak masuk campur urusan suaminya melantik pegawai kerajaan.

Rakaman audio tersebut antara siri rakaman yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari tahun lalu, dipercayai konspirasi peringkat tertinggi berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib, Rosmah, pegawai kanan kerajaan dan beberapa individu lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu.


Rakaman itu sebelum ini dimainkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan kes rasuah Rosmah pada Februari tahun lalu. 

Bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid yang dipanggil sebagai saksi kelima pendakwaan ketika itu mengenal pasti suara dalam rakaman milik Najib dan isterinya Rosmah.

Semasa disoal balas hari ini, Rosmah menafikan sekeras-kerasnya apabila pendakwaan berkata suara itu miliknya.

Sri Ram: Boleh anda sahkan suara dalam rakaman audio itu milik anda dan suami?

Rosmah: Tidak. Saya tak boleh sahkan. Tiada bukti saintifik.

Sri Ram: Beberapa orang saksi telah sahkan suara itu milik anda dan suami.

Rosmah: Awak percaya?

Sri Ram: Jangan soal saya, saya yang bertanya kepada anda, dan anda kena jawab. Jangan bertengkar dengan saya. Kalau anda mahu bertengkar dengan saya, saya akan minta mahkamah keluarkan arahan terhadap anda.

Rosmah: Saya bukan nak bertengkar tapi janganlah jerit-jerit pada saya. Saya tak biasa orang jerit-jerit pada saya.

Sri Ram: Saya katakan bahawa suara itu adalah suara anda.

Rosmah: Saya tidak setuju. – 23 Disember, 2021.   

DENGAR BAIK2

SUARA SIAPA

AMIN

INI SUARA NAJIB

DENGAN PEMIMPIN

PARTI PAS

AMIN

SUARA 

TUAN IBRAHIM

MEMBERI 

PANDANGAN

PADA NAJIB

TENTANG EKOLOJI

ALAM SEKIATAR

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerita korek korek korek pun sampai sekarang tak ada apa apa, inikan pulak cerita Ros advisor kepada isteri, hubungan suami isteri lain level lah, sembang lubang sembang lantai sembang komisyen semua halal tak ada apa apa berlaku, tak tahu pulak Kak Ros belajar law pandai pulak jawab ya, mungkin ajaran peguam hebat belaka, jatuh hukum boleh rayu jatuh hukum lagi beg rayu, terbaik pabila jatuh hukum masih boleh shopping ke Singapura keluar negara, memang lah kayangan ini untung belaka, orang masuk Mydin ambik makanan kerana kelaparan ditangkap didakwa dipenjara, ini curik billion tarak apa apa, memang untung jadi kayangan, mana nak cari tiket masuk kayangan ini TT? Kah kah kah

Arymanchino berkata...

Woi..confirmed itu bukan suara Mak Badak.Suara Mak Badak sgt lembut dan ayu mcm muka tarpal dia.Itu suara Altantuya lah dgn Bos Ku Penyamun..TT kau tahu tak ape tu muka tarpal?Klu tak tahu buka kamus smula..