Isnin, 13 Disember 2021

PADAN MUKA

 




Pengurus kanan syarikat insurans rugi lebih RM600,000 ditipu

SEORANG pengurus kanan sebuah syarikat insurans kerugian lebih RM600,000 akibat ditipu sindiket pelaburan bitcoin sejak Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berusia 40 tahun itu terlibat dalam pelaburan tersebut melalui sebuah aplikasi telefon bimbit yang diperkenalkan oleh seorang lelaki warga asing.

Beliau berkata mangsa mengenali lelaki berkenaan melalui nombor telefon antarabangsa pada awal Oktober lepas.

“Mangsa telah memuat turun aplikasi tersebut dan telah memindahkan wang RM1,000 ke dalam aplikasi tersebut dan berjaya memperoleh keuntungan RM800. Sejak dari itu, mangsa mula yakin apa yang dikatakan suspek dan telah melakukan 31 transaksi ke lapan akaun berbeza melibatkan wang berjumlah RM648,800.

“Mangsa mula curiga apabila kesemua wang pelaburannya tidak lagi memperoleh keuntungan dan bertindak membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam setiap perkenalan dalam talian dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis kenalan alam maya. – Bernama, 12 Disember, 2021.

PADAN MUKA

NAK CEPAT KAYA

AMIN

TAK NAK KERJA

TAMAK SANGAT

KAH KAH KAH  

WOIT

MALAON INI

BILA

NAMPAK MINAH

DALAM WAYANG

BALIK RUMAH

TERUS

PA CHU CHING

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: